Naib Presiden KEADILAN saksikan calon muda bersaing sengit

Updated: Apr 12



Pemilihan KEADILAN 2022 menyaksikan posisi Naib Presiden didominasi oleh calon calon muda di bawah usia 50 tahun.


Salah seorang calon yang bertanding adalah Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, yang mengisi borang pencalonan di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, tengah hari tadi.


"Hari ini saya hadir sebagai Pengarah Komunikasi KEADILAN, saya juga memasukkan pencalonan untuk bertanding naib presiden.


"Harapan saya untuk pertandingan yang sihat, meraikan demokrasi. Ini peluang terbaik sebenarnya untuk parti apabila kita mengadakan proses pemilihan secara online.


"Pengalaman saya di cabang dan pusat, saya lihat proses pencalonan berjalan lancar, tidak banyak masalah.


"Jika saya dipilih sebagai naib presiden kali ini maka saya akan mengukuhkan struktur parti, memastikan segala yang telah berlaku selepas Langkah Sheraton akan kita bersihkan dan bina lebih baik dari dulu. Kita mahu nafas baru bagi parti, pimpinan lebih muda dan dipimpin oleh Datuk Seri Anwar," katanya selepas mengisi borang pencalonan.


Manakala Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pula memilih untuk mendaftar secara atas talian menerusi aplikasi ADIL.



Beliau mengadakan sidang media selepas mendaftar pencalonannya


"Proses pemilihan kali ini penting untuk masa depan KEADILAN dan sedikit sebanyak menentukan hala tuju KEADILAN.


"Selepas saya mengadakan perbincangan dengan semua pihak terutama pimpinan Selangor dan pimpinan pusat juga di negeri lain dan turut mengadakan pertemuan dengan pimpinan utama dari presiden hingga ke MPP, justeru secara rasmi hari ini, saya sertai pertandingan sebagai naib presiden. Sebagaimana disahkan atas sokongan YB Juwairiah Zulkifli dan Tian Chua.


"Langkah ini sudah pasti sebagai hala tuju KEADILAN Selangor dan langkah tepat memulakan gerak kerja serta menyambung gerak kerja pilihan raya yang sudah bermula, dan menjadi keutamaan bagi menentukan kemenangan dicapai dan diteruskan di negeri ini juga dicontohi negeri lain.


"Saya percaya pemilihan ini akan menjadi penyatu dan pengikat kepada kepimpinan parti. Setelah melalui beberapa proses kematangan, saya mengharapkan kita mengharungi proses pemilihan yang bersih, sihat dan mampu menjadi penyatu kepada pengukuhan parti dalam PRU akan datang," katanya.



Seorang lagi calon naib presiden yang sebelum ini disebut sebut akan bertanding posisi timbalan presiden ialah Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak .


Beliau mengisi borang pencalonan di ibu pejabat KEADILAN.


"Saya bertanding naib presiden, saya dan rakan rakan akan cuba memberikan saingan dan kita akan cuba berkhidmat kepada parti dan rakyat.


"Sebenarnya banyak sokongan akar umbi mahu saya pergi kepada timbalan presiden tetapi kalau tengok kenyataan media saya sebelum ini, saya bagi laluan kepada Datuk Seri Saifuddin Nasution yang bertanding timbalan


"Sokongan juga saya beri kepada dia, AMK saya beri sokongan kepada Adam Adli dan wanita kepada Fadhlina," katanya.


Selain itu, pemimpin KEADILAN Perak, M A Tinagaran juga turut kelihatan mengisi borang di ibu pejabat dan menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden KEADILAN.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER