top of page

Nahas rombongan sekolah: Sokongan psikososial diberikan kepada mangsa



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memastikan kebajikan semua mangsa kemalangan bas ekspres rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka diberi keutamaan.


Menterinya, Fadhlina Sidek berkata pihaknya kini sedang menunggu laporan penuh punca kemalangan bas ekspres berkenaan.


"Di peringkat KPM, kita sedang mengambil semua langkah untuk dapatkan laporan penuh punca kejadian dan juga kebajikan guru-guru yang sebahagiannya ada di hospital.


"(Begitu juga) dengan persiapan sekolah kerana esok ada sekolah yang akan kehilangan guru, jadi kita kerahkan kaunselor untuk turun ke semua sekolah ini untuk memberikan sokongan psikososial kepada rakan-rakan guru dan juga anak murid yang kehilangan guru dalam kejadian ini," katanya dipetik.


Fadhlina ditemui pemberita selepas merasmikan program Hari Keluarga Kelab Media Mutiara Pulau Pinang sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) di Kepala Batas pada Ahad.


Media melaporkan, empat orang maut selepas bas ekspres membawa rombongan guru itu kemalangan dengan sebuah treler di Lebuhraya Tun Abdul Razak berhampiran simpang tiga Keratong, Muadzam Shah pada pagi Ahad.


Bas membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu yang dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu itu terbabas dan terjunam ke bawah cerun selepas rempuhan tersebut.


Sementara itu jelas Fadhlina, pihak kementerian akan memberikan sokongan psikososial kepada mangsa dan keluarga yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page