top of page

Nafi Agong panggil pemimpin PN menghadap: Istana Negara buat laporan polis



Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan dakwaan oleh aktivis Perikatan Nasional (PN), Chegu Bard bahawa tiga wakil parti berkenaan telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Isnin lalu.


Kes itu akan disiasat dan dikendali oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman, katanya yang dipetik Bernama semalam.


Terdahulu tersebar di media sosial satu salinan laporan polis oleh pihak Istana Negara terhadap Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shahrin berhubung dakwaan tiga wakil PN dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.


Laporan tersebut dicatatkan dibuat oleh Pegawai Perhubungan Akhbar Istana Negara, Mohd Husni Yusop, 39, di Balai Polis Travers pada 22 Januari lalu.


Tindakan itu susulan kenyataan Chegu Bard dalam sebuah klip video berdurasi 52 saat menerusi aplikasi TikTok bernama “Alias Official.”


"Saya selaku pihak Istana Negara, Kuala Lumpur menafikan dakwaan oleh lelaki tersebut (Chegu Bard) dan ia merupakan satu kenyataan yang tidak tepat.


"Tujuan saya membuat laporan ini untuk mengambil tindakan lanjut daripada pihak polis berkaitan video tersebut," petik laporan itu yang tersebar di media sosial.


Suara Keadilan telah menghubungi Mohd Husni untuk mendapatkan maklum balas mengenai laporan itu namun panggilan melalui telefon masih tidak dijawab.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page