top of page

Naccol bakal bincang isu SST terhadap bil air, elektrik



Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) yang dijadualkan pada 20 Mac depan akan meneliti cadangan mengecualikan kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas bil air dan elektrik.


Perkara itu dinyatakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Armizan Ali pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Selasa.


Jelasnya, perkara berkaitan kenaikan SST telah dibincangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan sebelum ini.

"Perkara berkaitan kenaikan SST memang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan dipengerusikan timbalan perdana menteri kira-kira dua minggu lepas … ada satu kertas khusus untuk kita lihat kesan dan impaknya.


"…dan insya-Allah perkara dibangkitkan Yang Berhormat Ayer Hitam kami akan bawa untuk dikaji dan bawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) untuk pertimbangan selanjutnya," katanya.


Beliau menjawab soalan tambahan dibangkitkan Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang turut mencadangkan supaya bil air dan elektrik dikecualikan daripada kenaikan SST.


Sementara itu menurut Armizan, kerajaan melalui Naccol akan memastikan setiap penggubalan dasar dan program yang dilaksanakan melalui kementerian dan agensi akan mempertimbangkan elemen kos sara hidup.


"Selain penggubalan dasar dan program utama merentasi pelbagai kementerian, strategi dan pendekatan intervensi dan mitigasi juga dilaksanakan dalam menangani pelbagai isu berkaitan kos sara hidup, termasuk menggalakkan penglibatan pelbagai pemegang taruh," tambahnya.


Di Dewan Rakyat juga beliau memberitahu kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM58.1 bilion dalam Belanjawan 2024 untuk subsidi, insentif dan bantuan dalam menangani pelbagai isu dan kesan berkaitan kos sara hidup rakyat.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page