top of page

Mydigital: Lebih banyak syarikat pemula pacu industri teknologi negara



Oleh: Abdullah Zaid


Bagi mempercepatkan pertumbuhan industri teknologi dan digital negara, tumpuan kerajaan kini lebih terarah kepada meningkatkan lebih banyak syarikat pemula.


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli (PH-Pandan) berkata, penyelarasan baharu itu akan bertumpu kepada syarikat pemula peringkat C dari segi sokongan dana melalui program Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital).


"Selain itu, pengenalan undang-undang baharu iaitu Akta Omnibus mengenai perkongsian dan keselamatan data serta penyelarasan undang-undang sebagai rangka perundangan yang perlu diselaraskan dengan keperluan industri digital dan teknologi," katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian, bagi menjawab soalan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) mengenai status pelaksanaan Mydigital.


Mengulas lanjut, Rafizi berkata, kementerian pada ketika ini juga sedang giat membangunkan bakat-bakat kritikal antaranya jurutera perisian, saintis data, jurutera data, jurureka UIUX serta jurutera kecerdesaan buatan (AI) pada skala yang lebih besar.


"Kerajaan juga berhasrat untuk membawa pemimpin industri kecerdasan buatan ke Malaysia untuk menjadikan negara sebagai hub AI selain mengubah strategi induk dari sasaran berbentuk umum kepada sasaran utama untuk menjadikan Malaysia destinasi utama syarikat pemula dan bakat-bakat digital dari dunia," ujarnya.


Justeru itu, beberapa langkah awal telah dikenalpasti membabitkan Mydigital dengan KSP untuk menjadikan industri digital dan teknologi sebagai pertumbuhan bernilai tinggi kepada negara.


"Ia termasuk peranan kesemua agensi kerajaan dan GLC telah diselaraskan melalui kaedah satu tingkat yang kini dikendalikan untuk memudahkan urusan dengan syarikat pemula dan mengelakan pertindihan antara fungsi-fungsi agensi yang terlibat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page