top of page

Mustapha sokong usaha tarik semula minat pelajar ke aliran STEM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 27
  • 1 min read

ree

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud menyokong seruan Menteri Kesihatan yang mahu usaha ditingkatkan bagi menarik semula minat pelajar kepada aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).


Mustapha dipetik laporan media berkata, Institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan menyediakan ruang yang cukup kepada pelajar yang mahu mengambil pengajian bidang perubatan bagi mengisi keperluan doktor dan pakar perubatan.


"Kita amat menggalakkan pelajar mengambil bidang STEM dan perubatan pula berkaitan dengan bidang itu.


"Jadi, apa yang kita mahu ialah pada peringkat sekolah, kita tekankan STEM, jika tidak, kita menghadapi masalah kekurangan pelajar dalam fakulti perubatan, kejuruteraan dan yang berkaitan STEM ini.


"Di Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS) sendiri ada fakulti perubatan untuk memudahkan anak kita melanjutkan pengajian di sini," katanya dipetik.


Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar ditemui pemberita selepas majlis Hari Raya Aidilfitri Sekampung di Kampung Inanam Laut, di Kota Kinabalu pada Sabtu.


Terdahulu, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyuarakan kebimbangan sumber tenaga manusia dalam sektor kesihatan negara pada masa depan akan terjejas susulan minat pelajar kepada aliran STEM dilihat semakin menurun.


Justeru selain menggesa usaha menarik kembali minat pelajar ke bidang itu diperkukuh, beliau turut mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang memperoleh keputusan A penuh (‘straight’ A) agar menyambung jurusan perubatan di peringkat universiti.


Sementara itu sebagai nasihat kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan melanjutkan pelajaran, Mustapha menyarankan mereka memilih bidang pengajian mempunyai pasaran kerja yang baik.


Selain itu beliau turut mengingatkan lepasan SPM membeli pin Unit Pusat Universiti (UPU) di Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mengakses borang permohonan secara dalam talian untuk mengikuti pengajian di IPT awam.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page