top of page

Mulakan sesi sekolah dengan azam jelas, jangan mudah putus asa - Saifuddin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read

Saifuddin (tengah, berbaju merah) dalam majlis pengagihan bantuan persekolahan anak anak Orang Asli
Saifuddin (tengah, berbaju merah) dalam majlis pengagihan bantuan persekolahan anak anak Orang Asli

Oleh: Azuan Ab Rahman


Seramai 120 pelajar termasuk daripada komuniti Orang Asli sekitar DUN Batang Kali menerima bantuan kelengkapan persekolahan menerusi Program Back To School & Gunting Rambut Percuma 2026.


Program yang berlangsung di Pejabat Penyelaras DUN Batang Kali cawangan Adenium, Bukit Beruntung pada Sabtu itu dirasmikan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad.


Menurut Saifuddin, walaupun bantuan yang disalurkan kelihatan sederhana dari segi nilai, namun impaknya besar dalam menyuntik semangat dan keyakinan kepada anak-anak untuk melangkah ke alam persekolahan dengan lebih bermaruah.


"Bantuan ini mungkin kecil pada nilai, tetapi besar kesannya sebagai dorongan awal kepada anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih yakin," katanya menerusi hantaran di Facebook.


Beliau turut berpesan agar para pelajar memulakan sesi persekolahan baharu dengan azam yang jelas, disiplin yang tinggi serta tidak mudah berputus asa dalam mengejar kejayaan.


Dalam ucapannya, Saifuddin yang juga Setiausaha Kehormat PEMADAM Selangor menegaskan kepentingan pencegahan awal terhadap gejala sosial dan penyalahgunaan dadah, khususnya dalam kalangan generasi muda, selaras dengan hasrat membentuk masyarakat bebas dadah.


Tidak lupa, beliau turut merakamkan penghargaan kepada warga Pejabat Penyelaras DUN Batang Kali, PEMADAM Hulu Selangor khususnya pengerusinya Tuan Yuhanas Auree Kamaruddin, serta barisan Ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) yang berganding bahu menjayakan program berkenaan.


"Semoga inisiatif ini menjadi pemangkin semangat, menyuntik keyakinan dan membuka langkah awal ke arah kejayaan. Saya insafi bahawa anak-anak inilah harapan masa depan negeri Selangor," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page