top of page

Mujahid yakin dengan kepimpinan Anwar kerana prinsipnya


Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) kerana prinsip yang dipertahankannya.


Beliau berkata, prinsip yang dipegang Anwar adalah sama seperti perjuangan Amanah yang bukan wala' kepada individu tetapi kesetiaan kepada gagasan, idea dan komitmen perjuangan.


"Kebersamaan Amanah dalam kesepakatan politik dengan KEADILAN dan DAP adalah untuk mempertahankan agenda Reform dan Islah walaupun dalam banyak keadaan ia 'merugikan' Amanah dari sudut sentimen dan emosi awam.


"Amanah kekal menolak isu perkauman sempit dan jalur agama yang kasar dan keras dengan menegaskan prinsip Rahmatan Lil Alamin (RLA) sebagai 'uncompromising principle' (prinsip yang tidak boleh dikompromi) yang diimaninya.


"Semasa menjadi kerajaan bermandatkan rakyat, dasar RLA berjaya dibawa sebagai dasar pentadbiran Islam yang diluluskan oleh Majlis Raja-Raja dan diperakui oleh Kabinet pada 25 Okt 2019. Ramai pihak mempolitikkan hasrat ini dengan fitnah dan tohmahan terhadap usaha murni ini.


"Dasar RLA turut didokong oleh PKR dan DAP semasa dan selepas menjadi kerajaan. Konsep Islah dan ketegasan menolak perkauman sempit dari PKR dan DAP menyatukan kesatuan agenda PH dan mengikat komitmen setiap kepimpinan parti teras PH," katanya.


Justeru, Mujahid menganggap Anwar telah menunjukkan komitmen tinggi dan memimpin PH tanpa belah bahagi terhadap agenda besar pemulihan secara institusi (instituitional reform).


"Anwar telah memimpin agenda besar ini dan tetap istiqamah mempertahankan prinsip reform bersama Yb Mohammad Bin Sabu dan Yb Lim Guan Eng.


"Semasa Tun Mahathir mempengerusikan PH, ramai dari parti beliau sendiri iaitu Bersatu gagal memahami agenda besar ini dan hasilnya adalah pembelotan. Pembelotan mereka adalah kepada agenda besar dan kepada erti kesetiaan yang dikhianati. Mereka yang memilih untuk khianat bukan kita yang menghalau mereka!


"Anwar kembali memimpin dan terbukti kesetiaan Presiden Amanah dan Setiausaha Agung DAP telah mengukuhkan semangat agenda besar yang dibina sejak 1998 lagi," katanya.


Disebabkan itu, Mujahid berkata PH perlu kembali bersatu padu dan berhenti mempertikaikan soal kepimpinan.


"Pada saat agenda besar ini diuji, kekuatan kesetiaan di kalangan pemimpin besar kita adalah segala-galanya yang diperlukan oleh kita.


"Biarlah hendaknya jikalau nak berkawan dengan sesiapa pun dirunding dan dirujuk sesama kita dulu. Bukan kerana cemburu tetapi kerana nak menguji apakah mereka bersama kita dalam agenda besar yang pernah disabotaj oleh kawan sendiri semasa kita menjadi kerajaan dahulu.


"Masa ini bukan untuk memberi tekanan, masa ini adalah untuk menyokong, membantu berganding bahu sehingga keputusan bersama sampai di penghujungnya.


"Saya yakin kita bersama kepimpinan Anwar dalam keluarga besar ini bukan kerana namanya Anwar Ibrahim tetapi kita bersama kerana agenda besar yang beliau pertahankan, dipenjara kerananya dan menderita kerana beriltizam dengannya.


"Amanah lebih selesa dan yakin bahawa dasar RLA yang diusahakan seiring dengan agenda reform/islah yang telah diinstitusikan perjuangannya sejak sekian lama dan terbukti kental cita-cita ini dibawah Anwar, Muhamad Bin Sabu dan Lim Guan Eng.


"Ahli setiap parti harus jelas perjalanan ini dan tak perlu tergesa-gesa menekan kepimpinan parti masing-masing dengan meletakkan tarikh dan usaha tertentu sebagai tanda kegagalan.


"Akhirnya saya ingin berpesan kepada semua ahli parti teras PH bahawa sesungguhnya jalan kita panjang, pacakkan layar yang kuat, cukupkan bekalan, kemudilah dengan cekap dan yakinlah perjalanan kita akan sampai jua ke destinasinya," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page