top of page

'Muhyiddin PM paling lemah dalam sejarah' - Johari Abdul


Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) total atau lockdown dua kali dalam dua tahun tanpa pelan muktamad untuk mengakhiri jangkitan Covid 19 akan mencatat nama Tan Sri Munhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri (PM) paling lemah dalam sejarah.


Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah, Datuk Johari Abdul, kelemahan Muhyiddin juga akan dicatat berikutan keenganan beliau menghadapi usul Undi Percaya atau Tidak Percaya di Parlimen yang menyebabkan kerajaan pentadbirannya kekal tiada keabsahan sehingga bertahun-tahun lamanya.


"Satu hari nanti akan jadi sejarah (Muhyiddin) satu-satunya PM paling lemah di Malaysia dan tiada keabsahan. Beliau juga tak berlaku adil kepada Parlimen dan Perlembagaan.


"Sejarah Muhyiddin ini tidak mungkin boleh dipadam, dan ia akan dikenang sebagai PM yang tiada kredibiliti langsung," kata Johari mengulas keengganan pentadbiran Muhyiddin membuka Parlimen atau mengakhiri pemerintahan darurat.


Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani itu lagi, Muhyiddin sepatutnya membenarkan kerajaannya diuji dan ditentukan keabsahan.


Sekiranya benar kerajaan beliau telah diterima baik rakyat sebagaimana tinjauan pendapat yang dilakukan oleh beberapa agensi maka tidak ada masalah Ahli-ahli Parlimen untuk mengekalkan pemerintahan Perikatan Nasional (PN) melalui suara di Parlimen.


Walau bagaimanapun, Johari tidak bersetuju dengan pendapat sesetengah pemimpin Umno yang mahu menamatkan pemerintahan Muhyiddin dengan satu pilihan raya umum (PRU) baharu di tengah-tengah pandemik Covid 19


Menurut beliau, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menjadi bukti kukuh situasi Covid tidak terkawal sehingga sekarang, manakala PRU yang skalanya lebih besar akan menjadi malapetaka buat negara.


"Saya yakin mana-mana kerajaan yang berfikiran waras akan meletakkan keselematan rakyat sebagai keutamaan. Maknanya apa yang kita lihat terjadi di PRN Sabah tidak boleh diulang.


"Tindakan berkumpul dan tidak patuh SOP akhirnya membuahkan masalah. Saya secara peribadi berpendapat PRU bukan jalan terbaik ketika ini kerana mudaratnya.


"Walaupun ada kebaikan tetapi mudarat lebih daripada manfaat. Saya sarankan harus ditangguhkan PRU ini sampai satu keadaan di mana Covid reda," katanya.


Namun Johari terbuka kepada cara lain untuk menguji keabsahan kerajaan PN. Atau pun Malaysia beralih kepada solusi kerajaan campuran semua parti bagi menangani pandemik Covid 19. Hanya selepas Covid berakhir maka PRU ke 15 boleh diadakan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page