top of page

'Muhyiddin gagal tangani Covid 19, elok lantik PM baharu'


Kegagalan kerajaan pentadbiran Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin menangani wabak Covid 19 sejak Mac 2020 walaupun telah dibekalkan dengan kuasa darurat pada Januari 2021 tidak boleh dipandang mudah.


Menurut Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang, kegagalan seperti itu mewajarkan Muhyiddin melepaskan jawatannya dan mengembalikan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik PM baharu bagi memperbaiki keadaan dan mengakhiri pandemik Covid dengan strategi yang lebih mantap.


"Walaupun sudah setahun lebih menjadi PM, beliau tidak dapat membuktikan majoriti di Parlimen. Bukan itu sahaja saya rasa kita perlu ada seorang PM baharu sebab Muhyiddin terbukti gagal dalam menguruskan pandemik Covid-19," katanya.


Walau bagaimanapun, Lih Kang kurang bersetuju dengan idea sesetengah pihak mahu menubuhkan kerajaan campuran semua parti bagi menggantikan pentadbiran Muhyiddin sekiranya beliau melepaskan jawatan.


Katanya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak awal telah tiada keabsahan dan enggan diuji melalui Undi Percaya atau Tidak Percaya di Parlimen.


Oleh itu, kata Lih Kang lagi, isu utama kini adalah memberi kuasa kepada PM yang lebih berwibawa untuk membawa Malaysia keluar dari krisis Covid 19, kemudian kerajaan baharu dibentuk dengan melantik menteri-menteri yang lebih cekap dan mengutamakan rakyat.


"Tiada keperluan untuk menubuhkan kerajaan campuran, sebab yang gagal adalah kerajaan PN. Mereka perlu undur diri (letak jawatan).


"Bagi orang lain tubuh kerajaan baharu, tiada maknanya untuk mewujudkan kerajaan campuran apabila kita tahu PN sudah gagal dan tiada guna untuk kekalkan mereka dalam pentadbiran sekarang," katanya lagi.


Jemputan Yang di-Paertuan Agong kepada ketua-ketua parti politik negara dari 9 - 11 Jun ini dan diikuti mesyuarat khas Raja-raja Melayu minggu hadapan meningkatkan spekulasi bahawa akan berlaku perubahan tampuk kepimpinan dalam masa terdekat.


Beberapa penganalisis politik pula mula membincangkan bentuk kerajaan yang sesuai sekiranya Yang di-Pertuan Agong atau Majlis Raja-raja mahukan perubahan pemerintahan pada kadar segera.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page