top of page

Mudahkan pelaksanaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia



Tenaga boleh diperbaharui adalah sumber ekonomi negara pada masa hadapan.


Bagi pembahas wakil negeri Pahang, Muhamad Rafly Mohd Satar, tenaga boleh diperbaharui merupakan idea kreatif dan inovatif dari pentadbiran Perdana Menteri (PM) Anwar Ibrahim yang perlu direalisasikan segera.


"Setelah meletakkan beberapa perkara dalam Madani PM meletakkan tenaga boleh dieprbaharui ini satu cara menarik pelabur asing untuk melabur


"Kerajaan perlu memudahkan tempat untuk pelabur dan memastikan segala perancangan berjalan dengan baik.


"Saya selaku pembahas menggesa kerajaan supaya memudahkan pelaburan tenaga boleh perbaharui ini, menambah pemasangan solar dalam masa terdekat, mempercepatkan kelulusan hidro mini dan jangan dibiarkan karenah birokrasi dan ketidaksediaan GLC yang terlibat melambatkan peralihan berlaku.


"Ini akan memberi peluang syarikat tempatan supaya Malaysia menjadi hub tenaga boleh diperbaharui," katanya.


Selain itu, Rafly yang juga merupakan Ketua Penerangan KEADILAN Negeri Pahang turut menyentuh mengenai keadaan parti berkenaan yang agak lesu di Pahang.


Beliau memberi tahu kongres bahawa keadaan kewangan KEADILAN Pahang yang tidak memberansangkan menyebabkan parti berkenaan gagal untuk bergerak secara cekap.


"Kita sedia maklum di Pahang ini kita masih ketinggalan jauh dari sudut keahlian.


"Kita tidak dapat melakukan gerak kerja yang meluas di Pahang. Salah satu perkara yang perlu diperkemaskan ialah memperkasa ahli di peringkat Cabang. Kita nak buat gerak kerja perlu perkara lebih besar.


"Cabang mempunyai masalah kewangan yang sangat ketara. Mungkin yang boleh bertahan ada pejabat lagi. Ada Cabang yang tak ada pejabat, tak mampu bayar sewa, tak boleh beroperasi seterusnya kerana kekangan kewangan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page