top of page

Mudahkan anak rantau mengundi: Isytihar 18 November cuti peristiwa - Persatuan pelajar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 14, 2022
  • 1 min read


Kerajaan peralihan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diminta mengambil inisiatif mengisytiharkan hari Jumaat, 18 November ini sebagai cuti peristiwa.


Menurut Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Ahmad Farhan Rosli, cuti berkenaan penting agar perantau yang berada jauh dari tempat mengundi selesa untuk pulang ke kampung halaman dan mengundi pada keesokkan harinya.


"PKPIM menggesa Kerajaan Sementara pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri mengisytiharkan 18 November 2022 sebagai cuti peristiwa.


"Cadangan ini adalah bagi memudahkan pergerakan para perantau pulang mengundi pada PRU-15 yang jatuh pada 19 November. Perkara ini juga akan memudahkan pihak SPR melakukan persiapan di pusat-pusat pengundian.


"Ini sekaligus dapat mengurangkan kesesakan jalan raya dan memberi ruang pada rakyat mengatur perjalanan pulang yang lebih efisyen," katanya dalam satu kenyataan.


Farhan menyeru Kerajaan Persekutuan untuk mencontohi Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Harapan seperti Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang mengisytiharkan cuti di negeri masing masing pada hari Jumaat.


"PKPIM mendesak Kerajaan Persekutuan mencontohi langkah Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang yang telah mengisytiharkan cuti peristiwa pada 18 November.


Oleh itu, PKPIM melancarkan petisyen #CutiBalikUndi bagi memastikan Perdana Menteri Sementara mengambil tindakan selanjutnya," kata beliau lagi.


Rakyat yang cintakan proses demokrasi yang teratur dalam PRU 15 diminta menyatakan sokongan di pautan https://www.change.org/p/rakyat-balikundi-cuti-peristiwa-18-november-2022-jumaat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page