MPN Sabah sampaikan sumbangan bakul makanan kepada mangsa banjir
- Redzuan Shamsudin

- 1 hour ago
- 2 min read

Kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah terus memperkukuh komitmen menyantuni rakyat apabila turun padang menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sipitang, Beaufort dan Membakut.
Ketua Cabang Kimanis merangkap Ketua Biro Kebajikan MPN Sabah, Niki Ramady, telah mewakili Pengerusi MPN Sabah, Datuk Mustapha Sakmud bagi memastikan bantuan sampai terus kepada golongan yang memerlukan.
Menurut beliau, kehadiran bersama barisan kepimpinan negeri membuktikan pendekatan proaktif dan responsif yang sentiasa mendahulukan kebajikan rakyat dalam apa jua keadaan.
"Program ini merupakan manifestasi keprihatinan dan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam menangani impak bencana.
"Sumbangan bakul makanan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disalurkan bukan sahaja bertujuan meringankan beban harian mangsa, malah menjadi simbol solidariti dan sokongan moral kepada mereka yang sedang berdepan ujian," katanya dalam satu kenyataan.
Penyampaian sumbangan daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM), telah diwakili oleh Abdul Jamal Abdul Malik bersama wakil Pejabat Daerah serta agensi-agensi kerajaan lain yang terlibat dalam pengurusan dan penyelarasan bantuan bencana. Kerjasama ini memperlihatkan sinergi kukuh antara kepimpinan politik dan jentera pentadbiran.

Turut hadir ke semua PPS ialah Exco Wanita KEADILAN Pusat, Junaidah Makku @ Junn merangkap Ketua Wanita KEADILAN Sipitang, bersama pimpinan cabang termasuk Ketua Cabang Sipitang, Wendey Baroh Agong serta Tuan Dikin Musah. Mereka aktif menyantuni mangsa, mendengar sendiri keluhan serta meneliti keperluan semasa di setiap PPS.
MPN Sabah menegaskan akan terus komited mempergiat usaha kebajikan dan memastikan setiap bantuan disalurkan secara teratur, telus dan berkesan. Pendekatan turun padang serta menyelami denyut nadi rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan dalam memperkukuh kesejahteraan masyarakat, khususnya ketika berdepan musibah.




Comments