top of page

MPN Pahang sumbang 2,300 Baucar ‘Jom Kembali ke Sekolah’ - Dr Suhaimi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 minutes ago
  • 2 min read

Datuk Farhan mengagihkan sumbangan kepada murid sekolah bagi meringankan beban keluarga
Datuk Farhan mengagihkan sumbangan kepada murid sekolah bagi meringankan beban keluarga

Oleh: Helmi Foad


Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Pahang terus memperkukuh agenda kebajikan rakyat apabila berjaya mengagihkan sebanyak 2,300 baucar pakaian seragam dan peralatan sekolah kepada murid-murid di seluruh negeri menerusi inisiatif Jom Kembali ke Sekolah.


Program berkenaan dilaksanakan di kesemua 14 Cabang KEADILAN di Pahang, melibatkan 100 murid bagi setiap cabang, manakala seramai 800 murid di Cabang Indera Mahkota turut menerima bantuan dengan nilai yang sama.


Selain itu, sayap Wanita KEADILAN negeri dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) negeri masing-masing menyalurkan bantuan baucar kepada 100 murid setiap sayap, menjadikan jumlah keseluruhan penerima manfaat seramai 2,300 murid di seluruh Pahang.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Pahang, Datuk Dr Suhaimi Ibrahim, inisiatif tersebut mencerminkan keprihatinan berterusan kepimpinan MPN Pahang di bawah pimpinan Pengerusinya Datuk Ahmad Farhan Fauzi dalam membantu meringankan beban kewangan ibu bapa, khususnya menjelang sesi persekolahan.


"Inisiatif agihan baucar ini adalah manifestasi komitmen berterusan KEADILAN Pahang dalam memastikan kebajikan rakyat, khususnya anak-anak sekolah daripada keluarga yang berdepan kekangan kewangan, terus diberi perhatian.


"Usaha ini diharap dapat membantu murid kembali ke sekolah dengan lebih bersedia," katanya.

Penerima bantuan baucar alatan persekolahan gembira sambil mengangkat tangan simbol Kerajaan MADANI
Penerima bantuan baucar alatan persekolahan gembira sambil mengangkat tangan simbol Kerajaan MADANI

Beliau berkata program tersebut turut selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menekankan nilai ihsan, keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat sebagai teras utama pentadbiran negara.


Tambahnya, MPN Pahang akan terus komited mendukung agenda kebajikan rakyat melalui pendekatan inklusif dan berfokus bagi memastikan tiada golongan, khususnya anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana tercicir daripada arus pembangunan dan pendidikan negara.


"MPN Pahang akan terus komited mendukung agenda kebajikan rakyat melalui pendekatan inklusif dan berfokus, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI, bagi memastikan tiada golongan yang tercicir khususnya dalam soal pendidikan dan masa depan anak-anak," katanya lagi.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page