top of page

MPN Pahang kumpul 150 anggota KEADILAN terlibat dalam PMKS



Oleh: Abdullah Zaid


Demi memastikan sektor ekonomi sebagai keutamaan, KEADILAN Pahang berjaya mengumpul 150 anggota KEADILAN bagi permohonan Geran Program Peningkatan Pendapatan (PPP).


Naib Pengerusi MPN KEADILAN Pahang, Fakhrul Anuar Zulkawi berkata program di Kementerian Kemajuan Desa dan Wailayah (KKDW) itu dapat meningkatkan penyertaan akar umbi dalam perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).


Tambahnya, usaha memanfaatkan geran-geran keusahawanan yang ditawarkan pelbagai kementerian perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Berbincang untuk laksana gerak kerja

"Latihan-latihan dan bimbingan keusahawanan akan dirancakkkan terutama dalam kemahiran digital yang merupakan game changer kepada peningkatan kapasiti perniagaan ahli-ahli.


"Ia juga dapat merancakkan penglibatan aktif kontraktor G1 (untuk projek bawah RM200,000) juga sedang dilaksanakan bagi meningkatkan peluang perlaksanaan projek-projek berkaitan," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, kata Fakhrul Anuar sektor pertanian juga akan ditingkatkan melalui penyertaan ahli dalam projek Kebun Komuniti.


"Ia terus diperkasakan di setiap daerah selain melibatkan diri dalam program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di bawah Kementerian Ekonomi," ujarnya.


Malah jelasnya, Jelajah Biro Ekonomi MPN Pahang juga sedang mencari seramai mungkin ahli-ahli yang terlibat dalam perniagaan terutama golongan belia di setiap 14 cabang negeri itu.


"Menerusi temurapat ini, Biro Ekonomi berjaya mengenalpasti bidang-bidang yang diterokai oleh ahli-ahli dan pelan inisiatif yang boleh digerakkan untuk membantu para usahawan berkenaan," ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page