Menghadapi masa hadapan politik yang lebih baik, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor yang dipimpin Pengerusi MPN baharu, Syed Ibrahim Syed Noh melakukan rombakan kepimpinan negeri semalam.
Menurut kenyataan Syed Ibrahim, susulan mesyuarat bulanan MPN pada 8 Jun yang menegaskan kepentingan untuk seluruh jawatankuasa melaksanakan tanggungjawab dengan berstrategi maka kepimpinan negeri yang berwawasan perlu dilantik.
"Mesyuarat turut menyedari bahawa hubungan dan kerjasama erat Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan amat penting untuk manfaat rakyat Johor seperti yang dibuktikan oleh komiten Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Namun mesyuarat berpendapat hubungan tersebut wajar diterjemah di peringkat parti parti rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan, khususnya Pakatan Harapan," katanya.
Meskipun, menurut Syed Ibrahim, PH dan KEADILAN lebih berperanan sebagai pihak pengimbang di Johor kerana kedudukan kerusi DUN yang terhad tetapi, katanya, sudah tentu peranan PH tidak boleh disamakan dengan Perikatan Nasional atau MUDA.
Oleh itu, katanya, KEADILAN perlu kelihatan lebih menonjol dan berperanan secara lebih berkesan di peringkat akar umbi.
"KEADILAN Johor akan terus menggerakkan jenteranya di seluruh kerusi parlimen dan DUN yang ditandinginya dalam usaha membela dan menjamin masa depan yang baik untuk rakyat, negeri Johor dan negara," ujar Syed Ibrahim.
Selain itu, jelas Ahli Parlimen Ledang berkenaan, mesyuarat juga memutuskan untuk turut membantu jentera KEADILAN di PRK Sg Bakap, Pulau Pinang bagi merampas semula kerusi itu dari tangan Pas.
Senarai pimpinan MPN Johor baharu ialah:
Timbalan Pengerusi
Md Ysaharudin Kusni
Naib Pengerusi
Jimmy Puah Wei Tse
Gopalakrishnan Subramaniam
Onn Abu Bakar
Mohd Taufiq Ismail
Zuraidah zainab Mohd Zin
Setiausaha Negeri
Abd hamid Ali
Setiausaha Pengelola
Khairil Adanan
Bendahari Negeri
Subramani Chami
Ketua Penerangan
Yuneswaran Ramaraj
Pengarah Pilihanraya
Naim Jusri
Pengarah Strategi
Arthur Chiong Sen Sern
Pengarah Komunikasi
M Fakharuddin Moslim
Ketua Biro OKU
Zabidie Abas
Ketua Biro Latihan
Naquib Carmeil Roseli
Ketua Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama
Abdul Aziz Rahim
Ketua Biro Kebajikan
Murad Jailani
Comentarios