top of page

MPN, AMK, Wanita KEADILAN WP mahu logo KEADILAN formula menang PRU 15



Majlis Pimpinan Negeri, Abgkatan Muda KEADILAN (AMK) dan Wanita KEADILAN mencadangkan agar Pakatan harapan sekali lagi menggunakan logo KEADILAN sebagai logo bersama menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15.


"Kami mewakili seluruh 40873 anggota KEADILAN di seluruh 12 Cabang Di Wilayah Persekutuan menggesa supaya logo dan bendera KEADILAN digunakan pada PRU15 yang akan datang. Ketetapan serta pendirian ini diambil atas prinsip serta formula yang boleh membawa kepada kemenangan


"Logo KEADILAN merupakan satu jenama yang telah dikenali di seluruh Malaysia setelah lebih 20 tahun di mata dan hati rakyat.


"Penjenamaan perjuangan bercogankan “Keadilan Untuk Semua” tanpa mengira kaum, agama, gender telah dapat dilihat dan dirasai oleh rakyat," kata mereka dalam satu kenyataan.


Logo KEADILAN mempunyai prestasi keramat berjaya menumbangkan kerajaan BN selepas 61 tahun berkuasa.


Oleh itu, kata mereka tidak salah untuk menggunakan sekali lagi logo berkenaan dalam pilihan raya akan datang.


"Ini telah terbukti dengan majoriti rakyat menzahirkan sokongan dan memberi mandat pada PRU 14 yang lalu dan menjangkakan agenda reformasi diteruskan.


" Lambang ini menjadi simbol kepada perjuangan suci membela rakyat marhaen menentang sistem yang korup dan zalim, bukannya perjuangan golongan elit.

"Justeru, seperti yang telah diungkap oleh wakil dari Wilayah Persekutuan di Kongres KEADILAN Nasional yang lepas. Kami, seluruh kepemimpinan negeri Wilayah Persekutuan termasuk semua Ketua Cabang dan Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan mengambil ketetapan dan menggesa penggunaan logo KEADILAN adalah satu langkah yang amat tepat dan paling sesuai sebagai satu formula yang akan membawa kemenangan pada PRU15 nanti," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh MPN Wilayah Persekutuan, Zahir Hasan, Ketua AMK Wilayah P. Prabakaran, Ketua Wanita Wilayah, Rohaidah Mamat dan kesemua Naib-naib Ketua, Ketua Cabang, Ketua AMK Cabang, Ketua Wanita Cabang dan semua AJK pelbagai peringkat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page