top of page

MP Tebrau tinjau projek baik pulih jeti, siling bangunan tadika roboh

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 8, 2024
  • 1 min read

ree

Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse (gambar, kanan) semalam meninjau beberapa masalah mendesak di kawasannya.


Beliau meninjau projek baik pulih jeti nelayan di Kampung Tanjung Langsat, mukim Sungai Tiram untuk memastikan kerja kerja dilakukan sesegera mungkin bagi memudahkan nelayan di kawasan itu ke laut.


Jimmy Puah juga melawat kerosakan bangunan tadika Kemas dan menghulurkan sumbangan untuk membaiki siling bagi menghidari bahaya kepada anak murid yang sedang belajar.

ree
Siling runtuh di sekolah tadika

"Lawatan dimulakan dengan memantau dan mendengar taklimat pegawai pejabat daerah Johor Bahru tentang kemajuan projek baik pulih jeti untuk kegunaan masyarakat dan nelayan kampung.


"Kemudian, Ketua Kampung bawa saya ziarah penduduk kampung yang sakit dan melawat tadika kemas yang silingnya sudah roboh.


"Demi pendidikan dan keselesaan anak-anak untuk belajar di sini, saya berbesar hati salurkan sumbangan untuk baiki kerosakan tersebut," katanya dalam catatan di Facebook.


Lawatan beliau diiringi Pengulu Mukim Sungai Tiram, Zainol Razak dan Ketua Kampung, saudara Khadni.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page