top of page

MP Sungai Buloh belanja RM3.7 juta untuk kebajikan rakyat



Oleh: Helmi Mohd Foad


Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM3.7 juta sepanjang tahun lalu untuk memberikan khidmat kepada masyarakat di kawasan itu.


Wakil rakyatnya, Datuk R Ramanan (gambar, tiga dari kiri) dalam kad laporannya berkata peruntukan tersebut sebahagian besarnya dibelanjakan untuk projek mesra rakyat iaitu 54 peratus bernilai RM2 juta, program komuniti (29 peratus) sebanyak lebih RM1.127 juta dan rumah ibadah Islam serta bukan Islam sejumlah RM132,520 (6 peratus).


Selain itu, katanya perbelanjaan juga melibatkan bidang pendidikan sebanyak RM134,830 dan kebajikan (RM160,190) masing-masing 4 peratus dan bantuan bencana RM98,850 (3 peratus).


"Projek mesra rakyat ini dicipta untuk membantu masyarakat meningkat, memperbaiki, dan menyelenggara insfrastruktur di kawasan Parlimen dengan tujuan memastikan kesejahteraan dan keselesaan semua pihak," katanya dalam perkongsian kad laporan tahunan di Facebook.


Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata, projek mesra rakyat tersebut melibatkan kerja menyelenggara 19 buah sekolah sebanyak hampir RM1 juta.


Katanya, ia juga melibatkan rumah ibadah (RM682,250) dan kemudahan rakyat (RM352,474).


Kemudahan awam pula melibatkan sumbangan kerja membaik pulih infrastruktur kemudahan rakyat di kawasan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Majlis Bandaraya Shah Alam serta Pejabat Daerah dan Tanah Petaling.


"Sebanyak RM1.1 juta diperuntukkan kepada program komuniti yang dilaksanakan bagi mengatasi pelbagai cabaran sosial dan lingkungan dengan matlamat untuk membawa perubahan positif dalam masyarakat. Ia melibatkan kerjasama erat dengan komuniti setempat dan sukarelawan dalam usaha memberikan bantuan dan advokasi berkaitan isu kemiskinan, kesihatan dan pemulihan alam sekitar," ujar Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia itu lagi.


Sumbangan itu melibatkan 170 penerima seperti persatuan penduduk, pertubuhan bukan kerajaan dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page