top of page

MP Sg Petani hadir mesyuarat PUIC, gesa akhiri kezaliman Israel



Oleh: Abdullah Zaid


Ahli Parlimen (MP) KEADILAN, Dr Taufiq Johari tampil menyuarakan sokongan Parlimen Malaysia terhadap perjuangan dan hak rakyat Palestin termasuk pembentukan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.


Dr Taufiq menyuarakan hal itu dalam mesyuarat Kesatuan Parlimen Negara Anggota OIC (PUIC) yang diadakan pada 9 hingga 14 Januari lalu.


Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani itu, Parlimen Malaysia telah menghantar dua wakil termasuk Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor dan beliau sendiri ke mesyuarat itu bagi mendesak mengakhiri kekejaman Israel selain mengariskan lima tuntutan dalam mesyuarat tersebut.


"(Mesyuarat ini) usaha bersepadu oleh negara-negara Islam untuk mencapai gencatan senjata yang berlanjutan dan menghentikan segera jenayah perang, termasuk pembunuhan beramai-ramai orang awam, khususnya wanita dan kanak-kanak, oleh Rejim Zionis di Gaza.


"Selain itu, (mesyuarat menyokong) tindakan oleh negara-negara Islam untuk memudahkan penyaluran bantuan kemanusiaan kepada penduduk yang dikepung di Gaza, khususnya bantuan perubatan dan kesihatan, makanan, air minum, dan bahan api," katanya dalam kenyataan.


Jelas Taufiq, PUIC turut menyeru agar masyarakat antarabangsa memberi perhatian terhadap usaha Palestin menubuhkan negara yang merdeka dengan Al-Quds dan Al-Sharif (Jerusalem) sebagai ibu negarannya.


"(OIC juga akan) menghantar delegasi dari negara-negara anggota kesatuan parlimen OIC untuk menyiasat situasi kemanusiaan, jenayah perang, yang dilakukan oleh Rejim Zionis, serta memfailkan aduan guaman di mahkamah antarabangsa," ujarnya.


Dalam pada itu, kenyataan tersebut turut memaklumkan cadangan tabung dana khas untuk pembinaan semula infrastruktur yang musnah serta mengundang negara selain OIC menyumbang kepada tabung kemanusiaan itu.


Untuk rekod, Kaukus Palestin yang dipengerusikan Syed Ibrahim Syed Noh (Ahli Parlimen Ledang) sebelum ini telah diwujudkan di Parlimen Malaysia sebagai tindak balas kepada konflik yang berterusan di Gaza.


Ia berperanan menggunakan saluran diplomatik dengan menyerahkan nota bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, sekali gus menunjukkan komitmen Parlimen Malaysia menyatakan kebimbangan dan tuntutan Malaysia berhubung situasi di Gaza.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page