top of page

MP Sg Buloh agih 3,000 kit bantuan, tebu meriahkan sambutan Pongal



Oleh: Helmi Mohd Foad


Bertujuan memeriahkan lagi sambutan Hari Pongal, Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk R Ramanan meneruskan tradisi penganjuran Program Semarak Kasih Pongal di beberapa lokasi tumpuan masyarakat berketurunan India di kawasannya.


Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi memberitahu lebih 3,000 kit pongal dan tebu telah diagihkan kepada masyarakat India B40 di Parlimen Sungai Buloh membabitkan 15 lokasi.


Kawasan itu termasuk Pangsapuri Cempaka Seksyen 6, Gugusan Kekwa, Seksyen 7, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara dan sekitar kawasan Paya Jaras.


"Perayaan pongal atau bulan Thai yang disambut masyarakat India di Malaysia pada musim menuai menandakan suatu permulaan baharu.


"Oleh itu, saya harap ia juga dijadikan permulaan baharu bagi kaum India untuk lebih maju dan berjaya.

"Kepada seluruh masyarakat India, 'Ponggal Vaalthukal' dan semoga ia membawa limpahan kemakmuran, kesejahteraan dan kebahagiaan untuk kita semua," kata Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia itu dalam hantaran di Facebook.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page