top of page

MP PN akui salah kira, pembangkang gesa undi belah bahagi dibuat semula


Timbalan speaker Dewan Rakyat, Rashid Hasnon mendedahkan bahawa Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya tersalah kira ketika undian belah bahagian ketika perbahasan peringkat jawatankuasa untuk peruntukan Kementerian Kewangan.


Beliau berkata, Shabudin mengira undian dari Ahli Parlimen Padang Rengas walaupun hakikatnya Nazri Aziz tidak hadir ketika sesi pengundian.


"Saya ingin memaklumkan bahawa Shabudin Yahaya selaku penghitung undi blok C undi belah bahagian bagi Belanjawan 2021 anggaran perbelanjaan mengurus Kementerian Kewangan telah tersilap menandakan Padang Rengas bersetuju walaupun sebenarnya beliau tidak hadir semasa undian kedua semalam.


"Oleh itu, saya meminta keputusan itu dari 18 tidak hadir kepada 19 ahli parlimen tidak hadir, dan 107 yang menyokong kepada 106 ahli parlimen.


"95 ahli parlimen kekal tidak bersetuju, jadi saya memerintah setiausaha untuk membetulkan bilangan undi tersebut dengan perubahan tidak menjejaskan keputusan tersebut.


"Saya mengucapkan terima kasih kepada ahli parlimen Kangar yang membangkitkan perkara ini kepada saya," katanya di Dewan Rakyat.


Namun, perkara itu menimbulkan kekecohan dalam kalangan ahli parlimen pembangkang, namun speaker meminta sekiranya tidak puas hati, beliau meminta buat usul bertulis.


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil bangkit meminta speaker supaya menghalang Shabudin dari terus menjadi penghitung kerana telah membuat kesilapan ketika belah bahagian.


"Sepatutnya yang melakukan perkara itu tidak dibenarkan jadi penghitung jika ada pengundian, speaker mesti buat ruling," katanya.


Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya kemudian memberikan penjelasan.


"Semasa membuat pengiraan undi, beberapa minit sebelum ini saya ada melihat Padang Rengas, tapi selepas itu dia mungkin tiada di situ, saya tak pasti sehingga dibangkitkan, saya yakin dia ada di situ, saya tidak ada niat untuk menipu dewan atau melakukan sesuatu perkara yang bercanggah dengan peraturan dewan, saya menanda apa saya faham dan yang saya tahu.


"Saya tidak menyembunyikan perkara ini dan memohon maaf, tapi jangan menuduh saya menipu dan sebagainya," katanya.


Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer bagaimanapun enggan speaker membiarkan isu itu berlalu begitu sahaja.


"Saya minta semua pengundian untuk kementerian diundi balik, jelas ada penipuan," katanya.


Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad pula menegur cara speaker mengendalikan kesilapan yang dilakukan oleh Shabudin.


"Saya rasa apabila speaker bangkitkan Yang Berhormat Kapar juga pernah tersalah hitung, dia tidak memberikan jawapan soalan yang dibangkitkan, sebaliknya ia mendedahkan lagi bahawa ada kepincangan dalam cara kita buat hitungan undi dalam dewan ini, jadi mereka minta jaminan wujudkan mekanisme dipersetujui bersama kerana lepas ini kita akan undi lagi," katanya.


Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh turut mempersoalkan bagaimana Shabudin boleh menganggap Nazri Aziz hadir ketika sesi pengundian.


"Dalam Peraturan 47 (1) dan 47 (2), apabila belah bahagian diperintahkan, maka penghitung undi hendaklah bertanya kepada tiap-tiap ahli mana hendak diundinya, hendaklah dia bertanya, masukkan undi masing-masing ahli itu dan ahli yang tidak mengundi dalam buku undi dan perjalanan mesyuarat.


"Apabila seseorang undi itu ditanya pihak mana hendak diundi dalam satu belah bahagian, bolehlah dijawabnya mengatakan ia mengundi bagi pihak bersetuju atau bagi pihak tidak, atau terang-terang iaitu tidak hendak mengundi.


"Seseorang ahli tidak boleh memberi jawab yang berlawan dengan apa-apa ketetapan yang dikeluarkan masa dikeluarkan undi dengan suara beramai-ramai.


"Setiap penghitung mesti bertanya, penghitung tidak boleh buat andaian, jadi bagaimanakah kami boleh yakin penghitung di blok lain kerajaan tidak berbuat perkara sama


"Speaker tidak boleh guna precedent lepas kerana ketika itu majoriti jauh beza, kerajaan pada hari ini ada majoriti dua undi, maka tidak boleh digunakan sebagai hujah menerima alasan yang diberikan penghitung.


"Saya pohon ruling sistem baharu mengikut peraturan mesyuarat," katanya.


Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh turut menggesa speaker supaya membuat undi belah bahagian semula.


"Kita minta speaker pemasyhuran untuk undi semalam tidak sah, dan undi semula sekarang, kita minta belah bahagi," katanya.


Namun, speaker enggan mendengar permintaan dari blok pembangkang dan meneruskan perbahasan Belanjawan 2021.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page