top of page

MoU keselamatan siber Malaysia-China bakal dimeterai



Hubungan dua hala Malaysia-China termasuk dalam bidang penghasilan kandungan dan keselamatan siber bakal diperkukuhkan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.


Menurut Fahmi, kedua negara akan menandatangani beberapa memorandum persefahaman (MoU) bagi tujuan itu.


Pada sidang media selepas merasmikan Minggu Media ASEAN-China kelima di sini Putrajaya pada Sabtu, Fahmi berkata Malaysia dan China telah memeterai MoU dalam bidang telekomunikasi pada September tahun lepas, namun terdapat beberapa aspek lain yang boleh diwujudkan persefahaman termasuk dalam bidang penghasilan kandungan dan keselamatan siber.


"Mesyuarat dua hala telah diadakan dan beberapa perkara dibincangkan termasuk langkah kerjasama erat antara kedua-dua negara dalam beberapa bidang termasuk pembikinan kandungan atau co-production yang memberi fokus kepada kandungan juga menarik minat pelancong China terhadap Malaysia," katanya.


Beliau turut memberitahu, mesyuarat dua hala diadakan itu membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang media, penyiaran, pertukaran berita dan industri kreatif.


Dalam sidang media sama, Fahmi turut memaklumkan telah dijemput untuk mengadakan lawatan kerja ke Beijing bagi bertemu rakan sejawatnya serta beberapa pihak termasuk syarikat induk yang mengusahakan platform media sosial TikTok di China.


"Saya mengalu-alukan pelawaan itu dan percaya dapat membantu kita memahami beberapa perkara berkaitan aplikasi TikTok termasuk TikTok Shop. Kita akan bincang (dengan China) apa yang boleh kita lakukan," katanya.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page