top of page

MOT bakal tambah LPS, bas mencukupi tampung penumpang balik raya



Kementerian Pengangkutan (MOT) bersetuju untuk menambah perkhidmatan bas untuk menampung peningkatan penumpang yang pulang ke kampung sempena perayaan Aidilfitri ini.


Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, bagi tujuan itu Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan memberikan Lesen Perubahan Sementara (LPS) .


"Kita memberikan LPS bagi perkhidmatan bas persiaran terutamanya laluan ke pantai timur dan utara yang akan sibuk apabila orang ramai balik ke kampung bagi menyambut Aidilfitri.

"Bagaimanapun kita akan memeriksa latar belakang syarikat yang memohon sebelum LPS dikeluarkan," katanya dipetik.


Pada majlis itu, Anthony Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban turut menyampaikan sumbangan RM2,000 kepada masjid dan RM1,000 kepada surau dalam kawasan itu bagi mengadakan program Ramadan.


Beliau sementara itu mendedahkan, berdasarkan statistik kemalangan jalan raya, secara purata 16 hingga 18 kematian direkodkan bagi tempoh dua minggu.


"Angka ini amat menyedihkan, jadi perlu ada kesedaran keselamatan dalam kalangan pengguna jalan raya.


"Justeru pemimpin masyarakat dan ahli jawatankuasa masjid dan surau diseru menyampaikan mesej mengenai keselamatan jalan raya kepada penduduk setempat menerusi program yang dijalankan sepanjang Ramadan," katanya lagi.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page