top of page

MOSTI sasar daftar 5,000 syarikat permula baharu - Lih Kang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 19
  • 1 min read


ree

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarkan untuk mendaftar 5,000 syarikat permula baharu pada tahun ini.


Menterinya, Chang Lih Kang berkata usaha itu selaras Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2021-2030.


"Kami berada di landasan tepat dan menghampiri sasaran kami, tetapi sudah tentu berharap mencapai jumlah yang lebih banyak.


"Setakat ini terdapat 4,415 syarikat permula yang sudah berdaftar," katanya dipetik selepas pelancaran Versa Quests di Petaling Jaya.


Sementara itu jelasnya, kementerian sentiasa menyokong pertumbuhan syarikat pemula tempatan.


Selain komited membantu syarikat dengan menyediakan bimbingan untuk menghubungkan mereka dengan bakal pelabur dan pelanggan, kementerian itu turut menawarkan geran termasuk CIP SPARK dan CIP SPRINT melalui Cradle Fund kepada syarikat yang layak.


Ekosistem Startup Malaysia pula bertujuan untuk mengembangkan ekosistem startup negara dan mencipta syarikat startup yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.


Ia merangkumi 16 intervensi dalam 5 bidang utama iaitu pembiayaan, bakat, inovasi, dasar dan peraturan, serta ekosistem pasaran, menjadikannya pelan induk yang komprehensif.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page