top of page

MOSTI mahu guna teknologi AI dalam bidang pertanian



Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merancang untuk memberi lebih penekanan kepada penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam bidang pertanian.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata langkah itu bagi meningkatkan daya tahan sektor agromakanan negara.


Selain itu tambahnya, pendekatan pertanian regeneratif dan tanaman berdaya tahan iklim, akan turut diberikan perhatian dan akan menjadi antara usaha yang diberi tumpuan dalam menangani keterjaminan makanan negara.


"Kejayaan pelaksanaannya diharap dapat meningkatkan produktiviti yang boleh memberi manfaat kepada petani kecil," katanya dalam satu kenyataan


Lih Kang yang juga Ahli Parlimen Tanjung Malim berkata, Malaysia tidak boleh lagi menjadi sekadar pengguna kepada teknologi yang dibangunkan oleh negara maju.


Sebaliknya, beliau berkata, masanya telah tiba untuk rakyat membangunkan keupayaan dan produk serta sistem sendiri, untuk kekal berdaya saing dalam kepesatan perubahan semasa


Justeru selain penggunaan teknologi dalam pertanian, kerajaan juga menyediakan peruntukan sejumlah RM200 juta di bawah Agrobank, untuk dimanfaatkan bagi membantu penyediaan kemudahan pembiayaan.


"Ia sebagai antara usaha menyokong industri makanan tempatan, menjurus kepada peningkatan pengeluaran melalui penggunaan aplikasi teknologi moden dalam sektor pertanian," tambahnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page