top of page

MOSTI galak kerjasama swasta perkasa bidang angkasa


Oleh: Abdullah Zaid


Pihak swasta diseru untuk terlibat sama bagi meningkatkan kualiti bidang angkasa negara.


Menteri Sains dan Teknologi, Chang Lih Kang berkata, kos pembiayaan penyelidikan dan pembangunan bidang angkasa lepas memerlukan modal besar.


"Oleh itu, kerjasama awam dan swasta memberi bagi memberi peluang kepada industri tempatan untuk turut menyumbang pembangunan angkasa negara.


"Selain itu, MOSTI turut menawarkan beberapa jenis dana bagi tujuan pembiayaan aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi seperti dana penyelidikan strategik yang dimanfaatkan oleh industri dan syarikat bermula dalam bidang angkasa," katanya dalam perbahasan di Dewan Rakyat pada sesi pagi.


Dalam pada itu, Lih Kang turut berpandangan misi Malaysia dalam menghantar dua angkasawan negara pada 2007 itu sebagai usaha yang berbaloi.


Hal ini katanya, negara hanya perlu berbelanja sekitar RM16 juta sahaja dalam misi lapan hari itu selain berupaya menjalankan penyelidikan dalam pelbagai bidang iaitu sains mikro graviti merangkumi bidang perubatan dan farmaseutikal.


"Hasilnya kesemua penyelidikan tersebut telah menghasilkan kertas kerja saintifik dan diterbitkan dalam jurnal tempatan dan antarabangsa yang telah memberi sumbangan kepada penjanaan ilmu dan pengetahuan baru.


"Sebanyak lapan pattern daripada penyelidikan di ISS telah difailkan di Malaysia dan juga antarabangsa serta satu ‘trademark ‘(penanda aras)," jelasnya.


Sementara itu, Kih Kang berkata penyelidikan tersebut turut menyumbang kepada faedah ekonomi negara terutamanya dalam industri penyelidikan dan farmasi.


"Usaha ini juga telah membuka peluang kepada negara untuk menjalin kerjasama saintifik dalam program-program inisiatif mikro graviti antarabangsa dengan Nasa dan lain-lain," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page