top of page

MOSTI bakal perkenal program advokasi teknologi nuklear selamat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 11 hours ago
  • 1 min read

Lih Kang menjelaskan keperluan teknologi nuklear yang lebih luas kepada negara pada masa depan
Lih Kang menjelaskan keperluan teknologi nuklear yang lebih luas kepada negara pada masa depan

Oleh: Akmal Manaf


Rakyat perlu disedarkan berkenaan teknologi nuklear yang diperlukan negara pada masa depan dan tahap keselamatannya.


Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang, kementerian bakal melaksanakan satu program advokasi nuklear yang lebih komprehensif, melibatkan sekolah, universiti, komuniti dan industri dalam usaha meningkatkan pemahaman serta keyakinan rakyat terhadap teknologi nuklear yang selamat dan bertanggungjawab.


Katanya, sebanyak lapan inisiatif sedang digerakkan dan melalui pendekatan itu, iaitu keyakinan serta kefahaman masyarakat terhadap teknologi nuklear yang selamat dan aman.


"Pertama adalah program jangkau luar pendidikan nuklear ke sekolah, institusi pengajian tinggi dan komuniti setempat.


"Inisiatif kedua berkenaan pelaksanaan pelan komunikasi dasar teknologi nuklear negara, kemudian berkaitan program kejurulatihan ‘communicator nuklear’ serta sesi libat urus dengan pemegang taruh dan masyarakat setempat di fasiliti nuklear.


"Keempat, program latihan kemahiran dan pembangunan kepakaran tenaga kerja tempatan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab soalan Tan Hong Pin [PH-Bakri] mengenai kebersediaan negara dalam membangunkan tenaga nuklear, termasuk tahap penerimaan dan pemahaman rakyat terhadap sains serta teknologi nuklear, serta rancangan kerajaan untuk melaksanakan lebih banyak program advokasi kepada masyarakat awam.


Menjelaskan inisiatif seterusnya, Lih Kang berkata kerajaan akan melaksanakan program latihan industri serta kolaborasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama mahasiswa tempatan.


"Inisiatif keenam merangkumi program promosi bersasar, teknologi ‘preview and showcase’ serta penerbitan dan penyebaran maklumat bercetak dan digital.


"Langkah ketujuh melibatkan kolaborasi strategik bersama agensi kerajaan, akademia dan industri bagi memperkukuh keyakinan awam, manakala inisiatif kelapan ialah penganjuran hari terbuka dan pameran interaktif di fasiliti seliaan Jabatan Tenaga Atom," ujar beliau yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page