top of page

Moratorium pinjaman punahkan kewangan, bagaimana bank boleh bayar bonus? - Anwar



Laporan jumlah pendapatan Ketua-ketua pegawai eksekutif bank, termasuk di Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) yang menerima bonus dan elaun lumayan pada tahun lalu menimbulkan tanda tanya mengenai tahap keuntungan institusi kewangan sewaktu pandemik Covid 19.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika Ahli Parlimen pembangkang mencadangkan moratorium dilanjutkan tahun lalu, rakyat dimomokkan kononnya sektor perbankan akan punah dan pendekatan moratorium berpotensi meruntuhkan sistem kewangan negara.


Oleh itu, tanyanya dari manakah sektor kewangan itu memperolehi dana membayar kenaikan gaji dan bonus kakitangan atasan mereka pada 2020?


"Kita kini dikejutkan dengan laporan sektor bank sedang mempergiatkan usaha untuk mencipta keuntungan pada tahun ini dan telah pun menaikkan gaji para pegawai kanan mereka setinggi 58%. Ketua Pegawai Eksekutif sekurang-kurangnya satu GLIC telah mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%.


"Perniagaan (bank) berkembang pesat saat ini, sementara sebahagian besar negara terus bertarung dengan kesan berterusan akibat dari Perintah Kawalan Pergerakan.


"Kita tidak menentang soal mencipta keuntungan. Namun, kita mencurigai cara segelintir pihak mencipta keuntungan sambil mengorbankan golongan rakyat yang lemah dan susah," kata Anwar dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Presiden KEADILAN itu membangkitkan beberapa persoalan yang seharusnya dijawab oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) berhubung keuntungan sektor kewangan pada waktu pandemik yang melayakkan bonus dan kenaikan gaji diberi.


"Sekiranya keuntungan sektor bank pada tahun 2020 mampu mendukung kenaikan pegawai-pegawai tinggi mereka sebanyak 10%, apakah pegawai-pegawai rendah turut menikmati kenaikan gaji yang munasabah?


"Di tahap mana keuntungan bank pada tahun 2020 dilihat mampu untuk menampung jumlah kenaikan gaji, bonus dan dividen pemegang saham, tetapi tidak berupaya untuk memberi moratorium pinjaman berterusan untuk keluarga yang sedang bergelut dengan dampak wabak?


"Apa yang paling menyedihkan adalah pemerintah menggesa agar seluruh lapisan masyarakat berpadu dan bersama dalam memampan dampak wabak, tetapi golongan korporat dan para eksekutif seolah tidak ikut serta dan dikecualikan dari tanggungjawab ini," katanya lagi.


Anwar menyelar jurang sosial yang timbul daripada polisi kerajaan PN yang memilih untuk menyokong pendekatan bantuan secara bersasar dan menolaj moratorium yang dan secara tidak langsung menggambarkan betapa kerajaan bersama pihak bank.


Katanya, langkah tersebut secara tidak langsung menyulitkan sebilangan keluarga dan perniagaan yang tidak punya keupayaan untuk memenuhi prosedur bank yang berselirat dalam tempoh yang singkat.


"Realitinya hari ini kerajaan PN tahu bahawa sebilangan rakyat Malaysia, terutamanya golongan yang susah, terpaksa menampung beban yang lebih besar, ketimbang golongan maha kaya yang tampaknya menjalani kehidupan seperti biasa," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page