top of page

Modul Penghayatan Hadis 40 Tepat Keperluan Semasa



Oleh: Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil langkah yang tepat apabila mengumumkan perlaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang bakal melibatkan 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.


Keputusan tersebut dilihat sebagai kunci untuk memastikan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini dapat terus dipelihara di samping membasmi fahaman melampau dalam beragama daripada berleluasa.


Namun disebalik pengumuman tersebut terdapat beberapa pihak yang terdiri daripada masyarakat sivil dan parti politik yang menyatakan pendirian untuk menentang perlaksanaan usaha tersebut.


Dialog antara agama


Alasan yang dinyatakan untuk menentang usaha tersebut adalah tiada peruntukan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan modul berkenaan Hadis 40 Imam Nawawi itu diajar di sekolah kerajaan. Kumpulan tersebut turut berhujah bahawa Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan mengehadkan status Islam sebagai "agama rasmi persekutuan" kepada ritual dan upacara keagamaan.


Majlis Belia Malaysia (MBM) mengambil tanggungjawab untuk meredakan polemik tersebut, justeru MBM telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama Malaysia's Eight Major Chinese Youth-Based Organisations (EMCO) dan United Malaysian Indian Youth (UMIY) pada 25 Ogos 2023 bertempat di Wisma MBM bagi membincangkan isu tersebut.


Hasil perbincangan tersebut telah disepakati oleh semua pihak untuk menyambut baik hasrat KPM yang bertujuan memupuk kesederhanaan dalam kalangan generasi muda Islam. Namun MBM beranggapan perlu ada penjelasan yang konkrit selain mekanisme pelaksanaan yang jelas untuk masyarakat bukan Islam agar tidak wujud salah faham.


Bukan Islam tidak terlibat


MBM ingin menghapuskan kegusaran sesetengah pihak terhadap kemungkinan orang bukan Islam akan dipaksa untuk terlibat untuk mempelajari modul tersebut, kegusaran tersebut telah diredakan melalui kenyataan oleh pegawai khas kepada Timbalan Menteri Pendidikan iaitu Lim Swee Kuan yang menjelaskan modul tersebut akan hanya diajar kepada pelajar Islam.


Salah faham berkenaan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang dipolemikkan oleh sesetengah pihak juga telah dijawab oleh Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) iaitu Muhammad Faisal Abdul Aziz. Semua pihak harus faham bahawa kedudukan Islam sebagai agama persekutuan bukan hanya bersifat ritual, tetapi mencakupi sebagai "agama dan cara hidup sempurna" umat Islam di Malaysia.


Justeru tafsiran berkenaan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipisahkan dengan sejarah pembentukan negara tercinta ini yang berasaskan kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.


MBM ingin menyeru agar semua pihak berlapang dada serta menghormati inisiatif kerajaan khususnya dalam membawa pendidikan Islam yang sememangnya sejajar dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. MBM percaya bahawa Islam sebagai sebuah agama yang mengalakkan keamanan dan perpaduan akan dapat dimanifestasikan melalui sahsiah pelajar yang terlibat dengan Modul Penghayatan Hadith 40 Imam Nawawi.


__________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan Majlis Belia Malaysia (MBM)


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page