top of page

Modul Hadis 40 bukti kerajaan tekad lahirkan generasi berkualiti



Oleh Noraini Nordin


ANALISIS: Meskipun kontroversi mengenai perlaksanaan Modul Hadis 40 Imam Nawawi sudah semakin reda dan mereka yang sebelum ini membantah sudah faham pengajarannya hanya untuk pelajar Islam sahaja, Kementerian Pendidikan nampaknya tidak berdiam diri begitu sahaja.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilihat terus mengambil langkah perlu untuk memberi kefahaman agar lebih ramai kelompok masyarakat memahami keperluan modul itu diajar di sekolah-sekolah.


Pada Selasa lalu, beliau telah menganjurkan pertemuan dengan 16 NGO daripada pelbagai latar belakang berhubung perlaksanaan Modul Hadis 40 serta hal-hal lain berkaitan dunia pendidikan.


Malah, dalam kenyataan medianya semalam, Fadhlina juga memberi komitmen untuk terus mengadakan sesi pertemuan yang serupa daripada semasa ke semasa agar masyarakat memperolehi maklumat langsung dan tepat berkaitan apa saja inisiatif yang ingin dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan.


Secara tepatnya, Modul Hadis 40 Himpunan Imam Nawawi ini adalah amat penting sebagai bimbingan kepada masyarakat dalam mengatur kehidupan seharian mereka.


Hadis-hadis dalam himpunan tersebut kebanyakannya mengajar umat Islam bagaimana bertingkah laku seperti sentiasa tawakal kepada Allah, makan dan minum yang dibenarkan, menjauhi perbuatan yang dilarang, kepentingan bersedekah dan mengasihi antara satu sama lain.


Sebab itulah sebenarnya, banyak surau dan masjid telah mengambil Modul Hadis 40 ini sebagai tajuk pengajaran dan menambah ilmu selepas waktu Maghrib sementara menunggu masuknya waktu Isyak.


Menyedari kepentingan itu, kerajaan khususnya melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyarankan kepada Kementerian Pendidikan agar ia diajar di sekolah-sekolah.


Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan, Omar Salleh dipetik sebagai berkata, modul itu dibangunkan adalah atas saranan Perdana Menteri (PM).


Bererti dalam hal ini, PM mahu melihat nilai-nilai baik dan penyemaian menjadi manusia madani dan kefahaman kepada agama perlu dilakukan sejak di peringkat sekolah lagi.


Ini bukan sahaja suatu pembaharuan yang membanggakan dari segi pembelajaran kepada anak-anak tetapi juga menunjukkan jiwa murni Perdana Menteri untuk melihat generasi akan datang lebih bernilai tinggi.


Lantaran itu, semua orang Islam mesti menyokong perlaksanaan Modul Hadis 40 ini demi melihat generasi akan datang benar-benar cemerlang, budiman, memiliki semua ciri-ciri yang baik serta menjadi kebanggaan kepada negara.


Begitu juga kepada Kementerian Pendidikan yang merupakan pelaksananya, sokongan masyarakat dan ibu bapa juga amat diperlukan.


Tanpa sokongan masyarakat, apa juga yang ingin dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan pasti sukar menemui kejayaan.


Apa lagi dalam konteks Modul Hadis 40 ini, hasrat dan cita-cita yang ingin dicapai melalui perlaksanaannya amat penting dan bernilai dalam melahirkan generasi muda yang berkualiti tinggi yang mampu mencipta ketamadunan baharu sebagaimana cemerlangnya tamadun Islam suatu ketika dahulu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page