top of page

'MoA universiti tempatan - syarikat luar kukuhkan industri semikonduktor'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 1, 2024
  • 1 min read




Oleh: Abdullah Zaid


Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Universiti Malaya (UM) dengan syarikat semikonduktor NXP yang ditandatangani hari ini memperkukuhkan industri elektronik tempatan.


Dalam ucapannya pada majlis tersebut Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berkata, kerjasama itu mampu mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dalam industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) yang sejajar dengan pelan pembangunan negara.


"Kerjasama ini selari dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) yang mampu mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan peluang pelaburan besar kepada negara," katanya dalam satu kenyataan.

Chean Chung melihat papan cip dalam kajian bersama

Malah, menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN itu, perjanjian berkenaan berpotensi memperhebatkan pertumbuhan industri semikonduktor tempatan sekali gus mengurangkan kebergantungan negara kepada barangan import.


"Ia dapat mewujudkan industri semikonduktor tempatan yang mana mengukuhkan prestasi ekonomi yang lebih mampan dan mengurangkan kepada keperluan import," ujarnya.


Justeru, pemimpin KEADILAN berkenaan bertekad untuk mewujudkan lebih banyak Konsortium Penyelidikan Universiti-Industri-Penyelidikan di parlimennya bagi membuka lebih banyak peluang dan pembangunan bakat tempatan.


"Saya akan terus bekerjasama dengan pemain industri semikonduktor dan institusi akademik untuk memulakan pelan ini bagi membawa negara kita ke tahap baharu," katanya lagi.


Untuk rekod, Malaysia menyumbang 13 peratus daripada pengeluaran peringkat akhir semikonduktor global selain menerima manfaat bernilai RM593.5 bilion bagi eksport negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page