top of page

Misi pasca banjir NGO Rapat santuni mangsa kehilangan harta benda

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jan 19, 2022
  • 1 min read


NGO pro-reformis, Rapat Rakyat baru baru ini menyantuni mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Parlimen Sungai Buoh.


Menurut Presiden Rapat, Mustaffa Kamil Ayub, misi pasca banjir memulihkan kehidupan penduduk yang musnah harta benda itu dijalankan dengan kerjasama MPKK Kg Melayu Subang dan Jawatankuasa Masjid An Nur.


"Sebanyak 400 pek makanan kering, keperluan harian, makanan bermasak dan buah kurma telah disediakan.


"Seramai 20 keluarga menerima pek bantuan tersebut. Manakala sejumlah lagi diedarkan kepada jemaah masjid yang juga sebahagian besarnya terbabit banjir," katanya.


Turut serta dalam misi tersebut Pengerusi MPKK Kg Melayu Subang, Tok Salim, Hj Shukor dan Jawatankuasa masjid saudara Nasir, Tok Hassim,Tok Zul dan Hasrul Aimee.


Hasrul Aimee yang juga merupakan Naib Ketua AMK menyumbangkan 20 set barangan bantuan dalam majlis itu.



Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page