top of page

MIDF Research alu-alukan inisiatif dalam Belanjawan 2024

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 16, 2023
  • 1 min read


Belanjawan 2024 berupaya menyediakan sokongan berterusan kepada rakyat dari segi menjaga kesejahteraan segmen rentan secara berterusan, kata sebuah badan penyelidikan.


MIDF Research melalui satu kenyataan berkata, sebanyak RM58.1 bilion akan disediakan untuk membiayai pelbagai bentuk subsidi, insentif dan bantuan di mana hampir 50 peratus akan diperuntukkan bagi mengawal harga barangan dan perkhidmatan.


"Untuk membiayai inisiatif ini, kerajaan berusaha untuk meningkatkan pendapatannya termasuk dengan meningkatkan cukai perkhidmatan kepada 8 peratus," kata MIDF Research dipetik


Mengulas mengenai pasaran modal, MIDF Research mengalu-alukan pelaksanaan cukai keuntungan modal ke atas pelupusan saham tidak tersenarai seperti yang diumumkan dalam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Belanjawan 2024.


MIDF Research percaya cukai tersebut boleh menarik lebih banyak penyenaraian di bursa tempatan kerana pengecualian akan diberikan mengikut kes bagi tawaran permulaan awam (IPO), penstrukturan semula dalaman korporat dan syarikat modal teroka.


"Selain itu, cadangan untuk mengecualikan pendapatan cukai ke atas pendapatan hasil jualan dan belian sekuriti Islam (ISSB) dari tahun penilaian 2024 boleh meningkatkan jumlah keseluruhan perdagangan sekuriti dan kecairan pasaran saham patuh syariah.


"Pada pandangan kami, langkah-langkah ini boleh menjadi pemangkin yang akan membantu menggiatkan semula pasaran modal tempatan," jelasnya.


Selain MIDF, belanjawan diumum Jumaat lalu itu turut mendapat reaksi positif dari Ketua Pegawai Eksekutif MIDF Amanah Investment Bank.


Datuk Dominic Silva dipetik laporan media berkata, Belanjawan 2024 dilihat sebagai titik permulaan dalam usaha merealisasikan aspirasi Ekonomi Madani.


"Belanjawan 2024 merangkumi beberapa langkah penting untuk tahun fiskal yang akan datang dan bersifat inklusif, komprehensif, dan berwawasan


"Ia menyokong pelbagai inisiatif di bawah payung Ekonomi Madani seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12)," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page