top of page

MIC sokong PH petanda baik ke arah pembangunan masyarakat India



Keputusan MIC untuk mengokong Pakatan Harapan (PH) merupakan satu petanda baik bagi masyarakat India ke arah memperbaiki taraf hidup dan pembangunan etnik itu pada masa hadapan.


Calon N 48 DUN Sentosa, Dr Gunaraj George berkata, keputusan MIC terbabit merupakan usaha ke arah penyatuan julung kali kaum India di bawah lambang Kerajaan Perpaduan, dan menikmati kemakmuran bersama.


"Pengumuman oleh presiden parti MIC, Tan Sri S A Vigneswaran harus dipuji kerana ia menunjukkan parti itu meletakkan kepentingan masyarakat melebihi segala-galanya.


"Dengan menggesa semua ahli MIC menyokong calon PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Vigneswaran menunjukkan kesediaan mengetepikan perbezaan dan mengutamakan matlamat yang lebih besar untuk bekerjasama demi kebaikan semua.


"Perpaduan sebegini amat penting dalam memastikan suara masyarakat didengari dan kepentingan mereka diwakili dengan baik di semua peringkat tadbir urus," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Dr Gunaraj, Keputusan MIC untuk itu menunjukkan semangat keterangkuman dan hasrat kerjasama antara parti parti yang didukung masyarakat India di Malaysia menjelang PRN pada 12 Ogos ini.


Perpaduan kaum India itu, katanya menghantar mesej yang kuat kepada seluruh negara, menonjolkan kepentingan usaha kolektif dalam membentuk masa depan negara.


"Keputusan MIC untuk memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memberi peluang kepada Kerajaan Perpaduan menangani isu-isu asas kaum India pastinya akan memberi impak positif kepada kehidupan kaum India di negara ini.


"Perpaduan India di Malaysia kekal sebagai tonggak penting kekuatan, budaya dan identiti negara. Keputusan itu juga mencerminkan pendekatan matang dan strategik MIC dalam mengemudi landskap politik yang kompleks," katanya.


Tegas Dr Gunaraj lagi, keputusan berani dan berprinsip MIC itu bakal mengukuhkan prinsip Malaysia bersatu, di mana kepelbagaian diraikan dan masyarakat berbeza pendirian bersatu untuk kebaikan bersama.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page