Mesyuarat pasca kabinet: Kenapa Shahidan dedah di media sosial?



Mesyuarat pasca kabinet kerajaan BN yang dibuat di tempat terbuka pada Program Aspirasi Keluarga Malaysia di Kuala Lumpur Convention Centre baru-baru ini didakwa telah didedah dalam akaun media sosial Menteri Wilayah Persekutuan, namun kemudian muat naik itu dipadamkan.


Timbul persoalan mengenai tindakan Menteri Wilayah, Datuk Seri Shahidan Kassim yang sepatutnya menjaga kerahsiaan sebagai menteri dan tidak mendedahkan maklumat sesuka hati.


Bagi Ketua Cabang KEADILAN Putrajaya, Onn Abu Bakar, tindakan Shahidan tersebut jelas melanggar prisnsip kebertanggungjawaban beliau sebagai seorang menteri.


"Datuk Seri Shahidan telah memuat naik gambar berkaitan semasa berlangsungnya mesyuarat berkenaan di ruangan “story” akaun Instagramnya. Namun didapati ianya telah dipadamkan


"Dakwaan tindakan sedemikian sekiranya benar membuktikan beliau seorang menteri yang tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip kerahsiaan dalam urusan kementerian.


"KEADILAN Putrajaya turut meyakini bahawa Shahidan sangat tidak sensitif dan sangat ego sehingga membelakangkan prinsip tersebut seperti dalam lafaz ucapan sumpah di hadapan Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong (YDPA) ketika pelantikannya sebagai menteri," kata Onn dalam satu kenyataan.


Menurut Onn lagi, KEADILAN Putrajaya mengecam tindakan Shahidan yang cuba merendah-rendahkan kewibawaan pegawai tinggi kerajaan dalam hal hal kerahsiaan.


Justeru, beliau menasihati Shahidan agar meletakkan jawatan jika tidak lagi berminat untuk menjaga rahsia kerajaan.


"KEADILAN Putrajaya menggesa Shahidan melepaskan jawatan kerana tiada wibawa menjadi menteri," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER