Mesyuarat MKT Umno tolak kerajaan diterajui PN



Mesyuarat Khas Majlis Kerja tertinggi (MKT) Umno malam tadi memutuskan untuk menyertai kerajaan perpaduan yang disyorkan Yang di-Pertuan Agong


Bagaimanapun MKT menolak kerajaan yang diterajui Perikatan Nasional (PN).


Hal itu dinyatakan dalam kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan.


"MKT mengambil maklum dan memperhalusi segala butiran kedua dua perbincangan yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Perundingan BN dengan PH dan PN


"MKT secara sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya BN menyokong dan mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan yang bukan diterajui oleh PN bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk," katanya.


Ahmad Maslan juga berkata, mesyuarat MKT memutuskan semua wakil wakil yang memenangi kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke 15 mematuhi dan menerima sebarang bentuk kerajaan perpaduan atau lain lain bentuk kerajaan yang bakal dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong.


Selain itu, keputusan mesyuarat ialah memperkukuh sokongan terhadap Zahid Hamidi sebagai Pengerusi BN yang semalam dipertikaikan oleh beberapa pemimpin MCA.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER