top of page

Mesyuarat Biro Politik, MPP lantik kepimpinan pusat sepenuhnya

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 13, 2022
  • 2 min read


Mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN hari ini memaklumkan lantikan hampir kesemua jawatan dalam kepimpinan pusat.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil, lantikan tersebut membolehkan biro biro utama parti berkerja dengan lancar terutama menyusun gerak menjelang Pilihan Raya Umum ke 15.


"Biropolitik dan MPP KEADILAN telah mengadakan mesyuarat bulanan hari ini.


"MPP telah dimaklumkan berkenaan lantikan bagi jawatan-jawatan utama parti," ujarnya.


Jawatan yang dimaklumkan hari ini ialah Timbalan Setiausaha Agung disandang oleh Muhamad Zakwan Mustafa Kamal, Dr Sathia Prakash, Tay Wei Wei


Timbalan Ketua Penerangan disandang Ramanan Ramakrishnan, Chua Wei Kiat dan Razeef Rakimin


Rafizi Ramli pula dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat dan Timbalannya G Manivanan, Tan Kar Hing serta Rodziah Ismail


Manakala Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti kekal milik Dr Zaliha Mustafa.


Dr Tan Yee Kew pula dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin dan Timbalannya Dr Madhi Hassan serta Sivamalar


Pengarah Dasar, Wong Chen bersama Timbalannya Dr Fahmi Ngah dan Arif Astaman


Pengarah Strategi Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir dibantu Raiyan Abd Rahim dan Sim Tze Tzin


Pengarah Komunikasi ADUN Semambu, Lee Chean Chung dibantu oleh Danish Hairuddin


Dr Maszlee Malik pula dilantik sebagai Pengarah Pendidikan



Sementara itu, KEADILAN juga memaklumkan wakil-wakil KEADILAN ke Jawatankuasa-Jawatankuasa dalam Pakatan Harapan.


Jawatankuasa Rundingan Kerusi PH diketuai Rafizi Ramli, Datuk Seri Saifuddin Nasution, Nurul Izzah, Chang Lih Kang, Datuk Seri Amirudin Shari


Jawatankuasa Strategi PH diketuai Datuk Seri Amirudin Shari, Akmal Nasir, Sim Tze Tzin dan Sivarasa Rasiah


Jawatankuasa Manifesto PH dipimpin Nik Nazmi Nik Ahmad, Wong Chen, Raiyan Abd Rahim dan Manivanan Gowin


Jawatankuasa Mobilisasi PH dikepalai Datuk Seri Aminuddin Harun, Yahya Sahri, David Cheong dan Yuneswaran Ramaraj


Selain itu, mesyuarat juga membuat keputusan bahawa sistem pendaftaran keanggotaan KEADILAN akan dibuka semula bermula 15 Ogos 2022 melalui sistem ADIL.


"Manakala bagi mempertingkat tahap kesiapsiagaan parti, jentera dan anggota dalam menghadapi PRU15 yang mungkin berlaku dalam masa terdekat, MPP juga memutuskan bahawa satu Konvensyen Pilihanraya akan diadakan pada Sabtu, 27 Ogos 2022 di Shah Alam," kata Fahmi lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page