top of page

Menteri Wilayah rasmi Mini Festival Makanan dan Kesenian Kampong Bharu



Mini Festival Makanan dan Kesenian Kampung Bharu yang diadakan di Medan Pintasan Saloma hari ini dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa.


Menurut Dr Zaliha, festival istimewa jubli emas tersebut memperlihat perjalanan yang cemerlang dan gemilang dalam mengukuh kesatuan serta keharmoniaan warga Wilayah Persekutuan, khususnya penduduk Kampung Bharu.


"Tidak dinafikan warisan masakan Melayu dan seni budaya yang membanggakan menjadi salah satu tarikan dalam usaha mempromosikan Kampung Bharu sebagai lokasi pilihan kepelbagaian jenis makanan di tengah-tengah ibu kota.


"Penganjuran festival sebegini selaras dengan usaha melestarikan pelancongan di Wilayah Persekutuan, yang merupakan satu daripada enam fokus utama yang saya bentangkan pada Majlis Aspirasi 2024 tempoh hari," katanya dalam catatan di Facebook.


Dr Zaliha ke Kampung Bharu selepas merasmikan 'Karnival Havoc Wangsa Maju Kita Punya' bersama warga Wangsa Maju di Tasik Danau Kota, Setapak


Beliau juga sempat menyantuni warga Wangsa Maju pelbagai umur dan bangsa yang hadir memeriahkan karnival berkenaan.

0 comments

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page