top of page

Menteri Wilayah: Pas senagaja main isu kaum - Faiz

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Tindakan pemimpin Pas membangkitkan isu perkauman susulan pelantikan menteri dan timbalan menteri bagi portfolio Wilayah Persekutuan jelas menunjukkan parti itu cenderung bermain dengan sentimen kaum.


Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil (gambar) berkata, sebagai parti yang mendakwa membawa imej Islam, Pas seharusnya memperjuangkan perpaduan kaum seperti ketika menyertai gabungan Pakatan Rakyat (PR) bersama DAP sebelum ini, bukan membuat kenyataan yang mencetuskan sentimen kebencian dalam masyarakat majmuk.


"Takiyuddin tidak sepatutnya mempertikaikan pelantikan Hannah Yeoh sebagai Menteri Wilayah Persekutuan serta timbalannya hanya berdasarkan latar belakang mereka yang berbangsa Cina.


"Seorang lagi menteri etnik Cina, Nga Kor Ming, juga menjadi mangsa Takiyuddin yang cuba bermain naratif ‘DAP mendominasi Kuala Lumpur’ dengan mengaitkan jawatan Nga sebagai menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan," katanya.


Terdahulu Takiyuddin Hassan yang juga Setiausaha Agung Pas cuba membangkitkan isu etnik ataupun kaum dalam pelantikan Menteri Wilayah Persekutuan dan timbalannya yang masing-masing disandang oleh ahli Parlimen berbangsa Cina.


Kenyataan Takiyuddin itu dibuat hanya beberapa bulan selepas seorang lagi pemimpin Pas, Zaharudin Muhammad bermain sentimen kaum berhubung pelantikan Leftenan Jeneral, Johnny Lim Eng Sen.


"Jelas, Pas dan sentimen perkauman berpisah tiada, walaupun sedar Islam mencegah perjuangan atas nama kaum. Kenyataan perkauman dimainkan pemimpin Pas adalah naratif menakut-nakutkan rakyat yang sudah lapuk," kata Faiz dalam kenyataan media.


Dalam kenyataan itu Faiz turut menegaskan, tidak timbul sama sekali isu DAP dan etnik Cina menguasai pentadbiran MADANI.


"DAP hanya mempunyai lima ahli kabinet iaitu 15 peratus daripada 32 menteri termasuk perdana menteri dan timbalan. Peratusan ini lebih rendah daripada kerusi DAP di Parlimen, iaitu 40 daripada 222 kerusi atau 18 peratus," tambahnya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page