top of page

Menteri Wilayah maklum masalah Labuan, pertimbang tambah kemudahan



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menyeru semua pihak berganding bahu untuk menjadikan Wilayah Persekutuan Labuan sebagai hab ekonomi, pelancongan dan pendidikan.


Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata pihaknya menetapkan beberapa misi setelah mengambil kira pandangan 260 orang wakil penduduk, termasuk Dewan Perniagaan Labuan, Persatuan Penjaja Labuan serta penjawat awam yang hadir dalam lawatannya baru baru ini ke kawasan berkenaan.


Menurutnya, kementerian pada ketika ini sedang giat menganjurkan inisiatif MyGrocer@Wilayah iaitu program yang membawa perkhidmatan terus ke kawasan penduduk setempat.


"Selain itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah bersetuju untuk membantu membawa barang keperluan asas menggunakan pesawat milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Semenanjung ke Pangkalan Udara Labuan bagi mengatasi isu stok penimbal di Labuan," kata Zaliha dalam satu kenyataan.


Jelasnya, pihak Kementerian Wilayah juga sedang meneliti cadangan membina jambatan Labuan yang menghubungkan beberapa kepulauan di wilayah berkenaan.


Sehubungan itu, Zaliha yakin realisasi jambatan Labuan mampu menjadi ‘game changer’ untuk mengubah sosio ekonomi di kawasan tersebut.


"Saya memahami keperluan dan kehendak rakyat di Labuan berkenaan jambatan ini.

"Oleh itu, saya berpandangan jambatan ini juga merupakan keperluan penting dalam kesinambungan hidup rakyat," ujarnya.


Dalam pada itu, berhubung pengangkutan udara dan laut Dr Zaliha berkata, pihaknya akan berbincang dengan lebih lanjut di antara agensi-agensi berkaitan sebelum keputusan dilaksanakan.


"Isu penambahbaikan fasiliti kesihatan di Labuan juga agak kritikal.


"Oleh itu, saya akan mengadakan perbincangan lanjut bersama-sama YB Menteri Kesihatan berhubung cadangan ini," kata nya.


Berhubung sektor pelancongan, Zaliha memaklumkan Perbadanan Labuan akan menganjurkan dua program pelancongan antaranya Labuan International Sea Challenge pada Mei dan Borneo Art Festival pula pada September depan.


"Penganjuran ini sudah pasti akan membantu merancakkan lagi ekonomi setempat di Wilayah Persekutuan Labuan," jelasnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page