top of page

Menteri, wakil rakyat tidak berpencen: Anwar dahulukan rakyat



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pelaksanaan skim tidak berpencen penjawat awam baharu akan turut terpakai kepada pelantikan politik disambut baik.


Ahli Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Haziq Azfar Ishak berkata, penjelasan oleh perdana menteri itu telah membuktikan kepimpinannya yang 'bercakap serupa bikin'.

"Perbincangan terkait pemansuhan pencen yang cukup mewah buat ahli politik telah lama menjadi polemik.


"Kini ditamatkan dengan keputusan Kerajaan Perpaduan yang nyata mempunyai iltizam yang sangat tinggi," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.


Haziq dalam kenyataan sama turut menegaskan, penjelasan perdana menteri itu satu tamparan kepada beberapa figura politik yang mengkritik langkah itu namun tidak melakukan sesuatu untuk kepentingan penjawat awam ketika berkuasa.


"Pelaksanaan tersebut disambut baik sebagai solidariti pimpinan politik untuk turut serta mengurangkan beban dan membantu kerajaan mengurus kewangan secara berhemah.

"Ia supaya pimpinan politik menjalani kehidupan sama seperti rakyat biasa, di samping mencerminkan pemakaian keputusan dan dasar kerajaan terhadap semua golongan tanpa mengira darjat," ujarnya.


Terdahulu Anwar menegaskan bahawa pelaksanaan skim tidak berpencen bagi penjawat awam baharu turut akan terpakai kepada pelantikan politik termasuk yang dilantik memegang jawatan dalam Jemaah Menteri, menteri besar termasuk wakil rakyat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page