top of page

Menteri Undang-undang jangan langgar titah Agong - Syed Ibrahim



Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan tidak sewajarnya melanggar titah Yang di-Pertuan Agong dengan mengeluarkan kenyataan bahawa tidak perlu sdiang Parlimen kerana negara masih di dalam tempoh darurat.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, sebagai menteri undang-undang, Takiyuddin seharusnya faham dengan peruntukan 14 (1) (b) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan sebagaimana difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.


Kata Ahli Parlimen Ledang itu, berdasarkan peruntukan berkenaan, apabila Agong telah bertitah membenarkan sidang Parlimen maka menteri tidak seharusnya membuat kenyataan yang bertentangan.


"Menteri undang-undang petik perkara Perlembagaan. Dia petik perkara 14 (1) (b) tetapi dia kata Parlimen tidak boleh bersidang hingga tamat darurat.


"Bercanggah, mana satu tafsiran yang betul? Bagi saya, kenyataan dari istana amat jelas. Kesimpulan atau tanggapan sesetengah pihak bahawa darurat menghalang Parlimen bersidang tidak tepat.


"Ambil itu saja pun alasan yang diberi oleh Takiyuddin dangkal, cetek dan boleh jatuh kepada melanggar titah Agong," katanya dalam siaran langsung Facebook Cendol Pak Ya bertajuk, 'Darurat: Mana hala tuju Malaysia', semalam.


Mengenai tanggapan Takiyuddin bahawa undang-undang berkaitan Covid 19 boleh diluluskan dengan melalui dikri darurat tanpa perlu bersusah-payah berbahas di Parlimen, Syed Ibrahim tidak bersetuju dengan hujah berkenaan.


Katanya, sekiranya benar kerajaan mahu pindaan undang-undang berkaitan Covid 19, jika melalui Parlimen sekali pun, Ahli Parlimen pembangkang akan menyokongnya dan tidak timbul keperluan perintah darurat untuk memudahkan kelulusan pindaan.


Manakala hujah Takiyuddin berasaskan sains, kononnya majoriti Ahli Parlimen berusia lebih 60 tahun berisiko dijangkiti Covid jika persidangan diadakan disangkal oleh Syed Ibrahim.


Katanya, dalam sesi tahun lepas Parlimen bersidang 55 hari dan tidak seorang pun dijangkiti Covid.


"Kenapa kita tidak ambil kira SOP yang digunapakai sebelum ini. Kita Ahli Parimen buat swab test tiap-tiap 2 minggu. Kita ada penghadang, sampai saya rasa tak selesa duduk. Ada had 80 orang Ahli Parlimen dalam satu masa. Ahli Parlimen juga penerima vaksin fasa pertama, tempohnya dari sekarang sampai bulan April.


"Dari April sampai selesai darurat (kami nak) buat apa? Tak boleh diadakan sidang ke?" tanyanya.


Dalam hal ini, kata Syed Ibrahim, Speaker Dewan Rakyat wajar mengambil tindakan sesuai untuk mengaktifkan kembali fungsi Parlimen selepas diperkenankan oleh Agong.


Menurut Syed Ibrahim lagi, Speaker Parlimen mempunyai peranan besar dalam sistem demokrasi westminister.


"Speaker sebenarnya ada kuasa. Di negara lain Speaker ini sama taraf dengan PM atau presiden sesebuah negara. Dia ada kuasa mainkan peranan supaya cabang demokrasi tak mandul kerana cabang Parlimen tak wujud (digantung)," katanya lagi.







0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page