top of page

Menteri Sains, teknologi mencuba teleskop di balai cerap Langkawi



Sempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi yang sedang berlangsung memberi peluang Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang meninjau balai cerap di pulau itu yang beroperasi sejak 2006


Menurut Lih Kang, kelebihan balai cerap itu kerana ia terletak di garis lintang khatulistiwa yang mampu mencerap objek astronomi sama ada di utara atau selatan hemisfera.


"Berpeluang melawat Observatori Negara Langkawi (ONL) di bawah Agensi Angkasa Malaysia - MYSA tempoh hari.


"ONL yang siap dibina pada tahun 2006 adalah salah satu balai cerap di Malaysia yang menyediakan fasiliti pencerapan bertaraf antarabangsa bagi penyelidikan dalam bidang astronomi optikal di Malaysia.


"Kelebihan ONL yang terletak di Khatulistiwa membolehkan ia mencerap objek astronomi di langit hemisfera utara mahupun selatan," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page