top of page

Menteri Pertanian saran semua negeri bangunkan penanaman padi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 27, 2023
  • 1 min read


Semua Kerajaan Negeri disaran membangunkan kawasan penanaman padi di negeri masing-masing, bagi meningkatkan pengeluaran beras dalam negara.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Mohamad Sabu berkata langkah berkenaan juga memerlukan kerjasama pelbagai kementerian termasuk Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)


"Hal padi dan beras ini bukan tanggungjawab individu, dia tanggungjawab seluruh negara, sekuriti makanan ni semuanya kena terlibat termasuk kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, swasta dan pengusaha. Ia masalah negara dan dunia, semua kena tumpu ke arah mengurangkan bebanan ini.


"Tanah ialah kuasa kerajaan negeri dan mesti mereka bekerjasama, tak kiralah dia pembangkang ke pemerintah ke, soal makanan ini, takda (isu) pembangkang tak perlu makan, pemerintah tak perlu makan, kerana semuanya perlu," katanya dipetik.


Tambah beliau, kementerian sentiasa mencari jalan terbaik untuk meningkatkan sistem pengairan untuk melonjak potensi penanaman padi.


Hal itu katanya kerana beberapa negeri berpotensi seperti Sabah dan Sarawak, selain kawasan sawah terbiar di Negeri Sembilan yang boleh dibangunkan dengan tanaman padi .


"Di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), kita bantu sistem pengairan supaya dapat buat padi lima musim dua tahun. Tapi tak bolehlah lancarkan tahun ini, tahun depan akan berjaya, ambil masa sekurang-kurangnya tiga, empat tahun dari sekarang," katanya kepada pemberita.


Beliau sebelumnya merasmikan Konvensyen Himpunan dan Deklarasi Usahawan Pemasar Agro Madani (Khidmad) 2023, di Port Dickson, Negeri Sembilan pada Isnin.


Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata pihaknya bersiap sedia dan sentiasa bekerjasama dengan agensi termasuk Fama dan pihak swasta dalam menjamin bekalan makanan pada musim tengkujuh selain menasihatkan petani untuk tidak menanam tanaman yang dijadualkan matang pada waktu tersebut.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page