top of page

Menteri Pengajian Tinggi digesa bantu mahasiswa terkandas



Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir menggesa Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad membantu ratusan mahasiswa Malaysia yang sedang terkandas di Indonesia.


Beliau berkata majoriti mahasiswa meminta untuk kembali ke Malaysia bagi melanjutkan pengajian mereka di negara ini, dan perkara ini boleh dibuktikan menerusi pertemuannya dengan seorang mahasiswa di kawasan Parlimennya.


"Salah seorang mahasiswa tersebut telah bertemu dengan saya di Pusat Khidmat Rakyat #ParlimenJB tempoh hari.


"Ratusan Mahasiswa Malaysia terkandas di Indonesia. Itu angka yang saya terima beserta nama, dan jumlah sebenar yang memerlukan bantuan mungkin lebih daripada itu," katanya menerusi akaun Facebook miliknya.


Akmal kemudian membawa isu tersebut kepada Menteri Noraini yang turut hadir dalam sidang Parlimen minggu ini.


"Saya telah mengadakan pertemuan bersama YB Datuk Seri Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi semalam bagi membincangkan beberapa perkara yang melibatkan kepentingan mahasiswa.


"Antara isu yang sangat mendesak adalah permohonan ratusan mahasiswa kita yang menuntut di Indonesia, ingin mengemukakan rayuan untuk menyambung pengajian di Malaysia," katanya.


Akmal juga bimbang dengan keselamatan mahasiswa yang terdedah dengan wabak COVID-19, memandangkan Indonesia merupakan negara Asia Tenggara yang paling banyak mencatatkan kes ketika ini.


"Ini susulan keadaan penularan Covid-19 di negara jiran yang hampir mencecah 500,000 jangkitan dan hampir 15,000 kematian yang dilaporkan secara rasmi.


"Saya terima komitmen YB Menteri untuk melihat perkara ini dan pegawai yang bertanggungjawab untuk urusan mahasiswa turut hadir dalam perbincangan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page