top of page

Menteri Pendidikan gagal tangani isu sebenar jejas mutu pendidikan - PH



Menteri Pendidikan gagal untuk mengenalpasti isu sebenar pendidikan negara dan hanya melakukan perubahan yang lebih menyukarkan tugas para guru.


Hal itu ditegaskan oleh Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) yang meneliti ucapan Menteri Kanan Pendidikan Senator Datuk Dr Mohd Radzi Jidin dalam acara Wadah Asprirasi Menteri Kanan Pendidikan pada 23 September lalu


"Sambil menekuni dua usaha iaitu menambah pengambilan guru dengan skala besar dan mempermudahkan urusan pertukaran guru dalam sistem sedia ada dilihat sebagai pencapaian membanggakan yang dilakukan oleh Menteri Kanan Pendidikan, JKPPH beranggapan ada banyak masalah utama yang gagal diselesaikan.


"Antara isu utama mengakar dalam pendidikan adalah pemansuhan UPSR dan PT3 yang beralih kepada Pentaskiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD).


"Ternyata sehingga hari ini arah tuju yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih kabur dan merencatkan proses pendidikan di sekolah. Malah melemahkan motivasi murid," kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.


Menurut kenyataan itu lagi, penyelesaian yang diberikan bukan menambahbaik mutu pendidikan tetapi guru guru pula terus dibebani tugas bukan mengajar yang tidak sepatutnya mereka lakukan.


"Guru-guru terus dibebani tugas bukan mengajar yang masih belum diatasi oleh pihak KPM, sedangkan isu ini sering dibangkitkan oleh mereka


"Isu ini wajar diselesaikan segera memandangkan tekanan yang dihadapi oleh guru-guru boleh melemahkan prestasi guru ketika mengajar," kata mereka.


Dalam pada itu, JKPPH menegaskan, setiap murid perlu mendapat pendidikan sewajarnya. Jawatankuasa itu mengharapkan Kementerian Pendidikan mengemukakan solusi dan perancangan komprehensif dalam usaha menangani masalah pendidikan peringkat rendah negara.


"Bagi JKPPH semua murid layak dan harus mendapat pendidikan yang sewajarnya, namun KPM masih berdiam diri dan tiada sebarang perancangan besar untuk mengatasi keciciran murid dalam pendidikan.


"Justeru JKPPH beranggapan Menteri Kanan Pendidikan gagal menyelesaikan kepincangan besar yang berlaku dalam pendidikan sedangkan hampir kesemua masalah yang dibangkitkan oleh JKPPH telah cuba diselesaikan oleh Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan ketika kerajaan PH memerintah pada tahun 2018 sehingga 2020 lalu," kata kenyataan itu lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusi JK Pendidikan Dr Maszlee Malik; Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa, KEADILAN); Datuk Dr Hasan Bahrom (Ahli Parlimen Tampin, AMANAH); Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai, DAP); Natrah binti Ismail (Ahli Parlimen Sekijang, KEADILAN); Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam, DAP); Rusnah Aluai (Ahli Parlimen Tangga Batu, KEADILAN) dan Sivakumar Varatharaju Naidu (Ahli Parlimen Batu Gajah, DAP)


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page