top of page

Menteri Kewangan salah, Malaysia sebenarnya ada cukai durian runtuh



Ahli Parlimen Subang, Wong Chen menegur kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Aziz yang mengatakan Malaysia tidak ada cukai durian runtuh.


Beliau berkata, cukai durian runtuh sebenarnya ada dan dilaksanakan ke atas industri minyak sawit.


"Saya bersetuju dengan Menteri Kewangan bahawa cukai durian runtuh akan lebih mendatangkan kerugian daripada kebaikan kepada pelabur, pasaran dan ekonomi.


"Namun, beliau salah mengatakan bahawa tiada satu negara di rantau ini yang mempunyai cukai durian runtuh, kerana negara kita, Malaysia, mempunyai cukai durian runtuh ke atas minyak sawit," katanya dalam kenyataan.


Bagaimanapun, Wong Chen mempersoalkan sama ada penafian yang dibuat oleh Zafrul menandakan bahawa kerajaan akan menghapuskan cukai tersebut.


"Walaupun saya mempunyai pandangan yang sama dengan Menteri Kewangan dalam isu cukai durian runtuh, saya harus bertanya adakah dia akan memperluaskan dasar ini dan menghapuskan cukai durian runtuh bagi sektor minyak sawit?


"Walaupun harga minyak sawit pada masa ini adalah baik, sektor kelapa sawit sedang menghadapi masalah pengeluaran kerana kekurangan tenaga kerja asing yang disebabkan oleh Covid-19. Saya mendesak Menteri Kewangan untuk mengamalkan dasar adil dan saksama kepada semua syarikat yang beroperasi di Malaysia, agar Malaysia ada sistem pelaburan dan cukai yang konsisten," katanya.


Pada masa sama, Wong Chen berpendapat reformasi terhadap sistem cukai korporat adalah penyelesaian yang lebih efektif berbanding memperkenalkan cukai baharu.


"Mengenai apa-apa cara untuk mendapat cukai lebihan dari keuntungan luar biasa syarikat, kita hanya mempunyai penyelesaian yang terhad, dan penyelesaian tersebut bukan terletak pada pengenalan satu cukai yang baru.


"Sekiranya cukai baru tiba-tiba diperkenalkan, ia akan menakutkan pelabur, memberi kesan negatif terhadap harga saham syarikat yang terjejas, dan secara keseluruhannya mengikis keyakinan pelabur di Malaysia. Untuk pasaran beroperasi pada tahap maksima, kita memerlukan peraturan yang konsisten dan masa notis yang munasabah sekiranya terdapat apa-apa perubahan dasar cukai.


"Penyelesaian yang terhad yang saya sebutkan, untuk cuba memperoleh sedikit sebanyak cukai lebihan ialah untuk menyesuaikan semula sistem cukai korporat dua peringkat.


"Namun, sebelum kerajaan berusaha mengubah apa-apa sistem cukai korporat, kerajaan harus memberi notis awal dua tahun kepada syarikat-syarikat mengenai apa-apa perubahan tersebut," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page