Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh meminta penjelasan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berhubung bilangan kes bunuh diri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu.
Beliau bertanya demikian kerana Parlimen tidak bersidang tidak dapat ditanya di Dewan Rakyat.
“Saya mendesak YB Menteri Kesihatan menjawab dengan segera kerana isu bunuh diri semakin menjadi-jadi pada masa kini.
Kita perlu mengenal pasti punca dan menghentikan trend mengambil nyawa sendiri di kalangan rakyat Malaysia,” katanya.
Justeru, beliau meminta statistik rasmi ‘National Suicide Registry’ jumlah bunuh diri mengikut negeri bermula dari March 2020 sehingga Jun 2021 berbanding tempoh masa yang sama pada tahun-tahun sebelum pademik Covid-19.
Beliau juga meminta supaya punca utama yang di kenalpasti oleh pasukan kesihatan mental yang menjadi pendorong kepada rakyat mengambil nyawa sendiri.
“Berdasarkan punca-punca yang dikenalpasti oleh pihak kementerian, apakah langkah-langkah yang sudah, sedang dan akan di ambil oleh pihak kerajaan untuk membendung gejala bunuh diri ini,” katanya.
Comments