
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menghargai pengorbanan dan kesungguhan pasukan yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Batang kali sejak 10 hari lalu.
Dr Zaliha juga mengucapkan takziah kepada waris mangsa yang terkorban.
"Terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus sejak 16 Disember lalu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh Father's Organic Farm yang berakhir hari ini.
"Setinggi penghargaan juga buat pasukan perubatan serta warga KKM di Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh.
Buat seluruh keluarga mangsa yang terlibat, takziah saya ucapkan," katanya.
Dalam kejadian pada awal pagi Jumaat minggu lalu, seramai 31 mangsa disahkan terkorban dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organiz Farm.
Manakala 61 individu terselamat daripada 92 mangsa yang terlibat.